Tuesday, March 18, 2014

ISU 4 TUNTUTAN 7 BADAN BERKANUN YANG DIASINGKAN SARAANNYA




ISU 4 TUNTUTAN 7 BADAN BERKANUN YANG DIASINGKAN SARAANNYA

PENGENALAN
Sejarah pembentukan badan berkanun di Malaysia bermula pada tahun 1992. Badan-badan berkanun tersebut merupakan sebahagian daripada agensi kerajaan (Salehhudin Md.Dahlan, 2007). Namun pada tahun 2005, beberapa badan berkanun telah diasingkan saraannya oleh kerajaan (BBDS). Di mana kerajaan pada waktu itu telah melakukan  tindakan drastik dengan melepaskan sepenuhnya kuasa mengurus dan mentadbir beberapa agensi badan berkanun yang sebelum ini diurus tadbir oleh kerajaan untuk diuruskan sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi badan-badan berkanun itu sendiri. Justitikasi tindakan tersebut adalah kerana kerajaan amat yakin dengan kematangan para pengurusan tertinggi badan-badan berkanun tersebut. Tindakan mengasingkan saraan itu juga menampakkan asosiasi kerajaan terhadap BBDS iaitu untuk memberi peluang dan ruang seluasnya kepada pihak pengurusan tertinggi entiti BBDS melaksanakan peranan mereka secara total tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana sebelumnya. Disamping itu ia juga adalah sebagai persedian awal entiti terbabit menghadapi cabaran globalisasi dan Wawasan 2020 iaitu untuk merealisasikan aspirasi kerajaan supaya Malaysia menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
            Ironinya, tahap kebajikan para pekerja BBDS tidak seiring dengan kakitangan sektor awam. Situasi ini menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan BBDS. Implikasinya, kesemua entiti BBDS telah berunding dan bersetuju untuk mengemukakan empat (4) tuntutan terhadap kerajaan.

BADAN BERKANUN YANG DIASINGKAN SARAAN(BBDS).
Yusof Ismail (2006), kewujudan badan-badan berkanun yang diasingkan saraanya adalah berpunca daripada pengenalan sistem saraan baru yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pengasingan saraan ini bermatlamat agar BBDS dapat berfungsi dengan lebih cekap, berkesan dan lebih responsive kepada kehendak persekitaran.  Menurut Tan Sri Ahmad Sarji (1992), badan berkanun di negara kita dipecahkan kepada 2 (dua) kategori utama iaitu badan berkanun yang tidak diasingkan saraan dan badan berkanun yang diasingkan saraan. Badan berkanun yang tidak diasingkan saraan merujuk kepada badan-badan berkanun yang masih lagi bergantung kepada kerajaan dalam urusan pengurusan dan pemberian emolument. Manakala badan berkanun yang diasingkan saraan bermaksud kerajaan telah melepaskan semua kuasa meliputi hak pengurusan dan pentadbiran sesebuah agensi kepada pengurusan agensi itu sendiri. Maka segala aktiviti syarikat diserah sepenuhnya kepada kebijaksanaan pengarah sesebuah organisasi terbabit, melainkan urusan pembahagian bonus di mana ia perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Justeru, tujuan pengasingan pengurusan saraan tujuh badan berkanun ialah untuk menjadikan agensi-agensi tersebut lebih bertanggungjawab, akauntibiliti, dan responsive kepada kehendak persekitaran.

AKTA BADAN BERKANUN
Menurut Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (2013), badan berkanun adalah sebahagian daripada Sistem Pentadbiran Malaysia. Pembentukan badan berkanun di Malaysia adalah di bawah Akta Parlimen dan juga Enekmen Dewan Undangan Negeri. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 atau Akta 605 ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 31 Julai 2000 dan berkuat kuasa pada 1 November 2000.
            Akta 605 ini adalah terpakai bagi semua badan berkanun persekutuan yang menerima pakai Sistem Saraan Baru, kecuali badan-badan berkanun persekutuan yang diasingkan sistem saraannya sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta 605. Oleh yang demikian, badan-badan berkanun persekutuan yang sistem saraannya diasingkan perlu memastikan peraturan-peraturan tatatertib yang sedang diguna pakai diselaraskan dengan peraturan-peraturan tatatertib dalam Jadual Kedua Akta 605. Sekiranya peraturan tatatertib yang sedia ada berlawanan dengan peraturan yang terdapat dalam Jadual Kedua Akta 605 maka BBDS terbabit mesti membuat pengubahsuaian supaya ia selaras dengan sistem pengurusan, sistem saraan dan dengan keperluan semasa badan-badan berkanun persekutuan yang berkenaan menurut peruntukan undang-undang pemerbadanan masing-masing   (www.jpa.gov.my,2013).
Seterusnya, Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (2013) juga menggariskan bahawa BBDS pada atau selepas berkuatkuasanya Akta 605 dan Pekeliling Perkhidmatan ini, bolehlah mengemukakan permohonannya untuk disenaraikan ke dalam Jadual Pertama Akta 605 bagi dikecualikan daripada pemakaian Akta 605 ini. Permohonan ini hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang seterusnya membuat perakuan kepada Y.A.B. Perdana Menteri untuk mendapat persetujuan sewajarnya.

AGENSI-AGENSI BBDS
Terdapat tujuh badan berkanun yang menganggotai BBDS. Tujuh agensi badan berkanun tersebut ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji (LUTH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

 OBJEKTIF PEMBENTUKAN BBDS
·         Untuk menjadikan agensi BBDS lebih bertanggungjawab, akauntibiliti, dan responsive kepada kehendak persekitaran.
·         Untuk memberi peluang kepada para pengurusan tertinggi BBDS  merancang sendiri emolument seperti gaji, elaun, kemudahan pinjaman kakitangan dan kemudahan-kemudahan lain kepada kakitangan masing-masing tanpa perlu bergantung kepada pihak kerajaan.
·         Untuk mengurangkan beban tanggungan kerajaan mengurus organisasi-organisasi di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

LATAR BELAKANG ISU
Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, tujuh agensi ini pada asalnya diurus tadbir di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi bermula 2005, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri pada masa itu telah mengasingkan pengurusan tujuh badan berkanun yang terpilih daripada pentadbiran awam.  Justeru, pihak pengurusan tertinggi agensi BBDS akan menguruskan sendiri secara autonomi pengurusan BBDS masing-masing. Justifikasinya, tindakan tersebut untuk menjadikan setiap agensi BBDS lebih bertanggungjawab, akauntibiliti, dan responsive kepada kehendak persekitaran. Di samping itu, pembentukannya juga bermatlamat memberi peluang kepada para pengurusan tertinggi BBDS merancang sendiri emolument seperti gaji, elaun, kemudahan pinjaman kakitangan dan kemudahan-kemudahan lain kepada kakitangan masing-masing tanpa perlu bergantung kepada pihak kerajaan.
Namun kenyataannya, sehingga pada hari ini kerajaan masih lagi tidak melepaskan semua hak dan kuasa kepada pengurusan tertinggi BBDS untuk mengurus dan mentadbir sendiri organisasi mereka tanpa wujudnya kekangan-kekangan daripada pihak lain. Contohnya, dalam urusan pemberian bonus tahunan kepada kakitangan BBDS, pihak pengurusan tertinggi BBDS perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum pembayaran bonus dilaksanakan. Ahli-ahli BBDS juga tidak diberikan pencen secara berkala sebagaimana pekerja kerajaan, mereka hanya diberi imbuhan KWSP apabila telah bersara. Pihak kerajaan juga sehingga sekarang tidak menjelaskan status sebenar BBDS. Lantaran itu, beberapa siri perjumpaan telah diatur di antara agensi-agensi BBDS untuk mencari persetujuan bersama mengenai masa depan BBDS dan seterusnya mengemukakan tuntutan-tuntutan tersebut kepada pihak kerajaan.
Pada tahun 2009, mereka telah mencapai persepakatan dan melantik seorang wakil untuk berunding dengan kerajaan. Pada tahun yang sama juga wakil mereka iaitu  presiden BBDS telah mengemukakan empat tuntutan dan meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai status mereka dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Beliau berharap pihak kerajaan dapat menjelaskan kekaburan yang mereka hadapi itu. Empat tuntutan yang dikemukakan itu adalah untuk mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan mengambil pendekatan untuk berdiam diri. Justeru, presiden BBDS telah meminta bantuan MTUC dan CEUPACS mengulangi tuntutan mereka atau dengan kata lain agensi BBDS melantik MTUC dan CEUPACS untuk mewakili mereka mendesak pihak kerajaan supaya bersetuju untuk mengadakan proses perundingan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dua pihak tersebut(Azizul Osman,2013).
Bermula dari tarikh tersebut, kebanyakan media massa sama ada media cetak atau media eloktronik telah memapar dan menyiarkan serta membincangkan justifikasi 4 tuntutan BBDS tersebut. Senario ini menarik minat masyarakat Malaysia dan badan-badan NGO lain untuk turut menyokong dan mendesak kerajaan supaya meluluskan tuntutan Kesatuan Sekerja BBDS tersebut. Misalnya, akhbar Utusan Malaysia  pada 19 Sept. 2011, melaporkan Seketeriat Pekerja Muda dari Pergerakan Pemuda UMNO, MTUC, CEUPACS, Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University (KESATU) telah bersama-sama dengan Kesatuan Kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kesatuan Kakitangan  Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Haji, Kesatuan Kakitangan  Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT), Kesatuan Pegawai-Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Sokongan LHDN, Kesatuan Pekerja Bank Simpanan Nasional dan Kesatuan Kakitangan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera(Perhebat) telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanjangkan memorandum tuntutan kesatuan tersebut dan mendapat reaksi positif. Jesteru, beliau berharap, kerajaan akan menyegerakan proses meluluskan tuntutan-tuntutan kesatuan berkenaan kerana ia dipercayai akan meringankan beban hidup kira-kira 40,000 ahli BBDS (www.utusan.com.my,2011)
            Seterusnya pada 17 Mei 2012 akhbar Berita Harian melaporkan Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengulangi empat tuntutan BBDS semasa sesi perundingan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjamin  kebajikan pekerja di tujuh agensi badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak. Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman dipetik berkata, “…Kita memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat Perkeso, di sini hari ini. Beliau juga berkata pihaknya turut berharap kerajaan tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap sektor awam. Mengulas isu yang sama, beliau menjelaskan CUEPACS telah memperjuangkan isu ini sejak 2009 dan sekiranya kerajaan meluluskan empat tuntutan BBDS ia dijangkakan memberi manfaat kepada kira-kira 120.000 orang pekerja di dalam BBDS(www.bharian.com.my,17 Mei 2012).
            Malah pada tahun 2012 terdapat beberapa siri pertemuan atau rundingan di antara kesatuan kakitangan BBDS dengan MTUC, CUEPACS dan wakil kerajaan untuk membincangkan isu tersebut. Ia adalah ekoran Dasar Tranformasi Negara dan sikap keperihatinan kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang membawa slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
RASIONAL TUNTUTAN TERSEBUT
Selepas BBDS diasingkan daripada sektor awam pada tahun 2005, wujud kekaburan mengenai status mereka dan kesan daripada pengasingan tersebut juga wujud beberapa ketidakadilan dalam agihan kebajikan kakitangan BBDS berbanding agensi awam ataupun swasta. Rentetan daripada situasi itu, agensi-agensi BBDS telah bersepakat mengemukakan 4 tuntutan kepada kerajaan di samping meminta  penjelasan kerajaan berkaitan status BBDS kerana berdasarkan perjanjian awal kerajaan bersetuju memberi kuasa autononi kepada BBDS mentadbir entiti masing-masing namun ironinya kerajaan masih mempunyai kuasa dalam membuat beberapa keputusan dalam urus tadbir BBDS.
Menurut BERNAMA (22 Sept. 2011), persatuan pekerja tujuh badan berkanun memohon kepada kerajaan agar membantu mereka berhubung isu pemberian manfaat yang tidak selaras dengan penjawat awam lain. Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Kejasa), Ash'ari Komeng yang mewakili mereka,berkata antara manfaat berkenaan ialah elaun perumahan dan sagu hati persaraan. Buat masa ini tenaga kerja di tujuh institusi ini tidak menerima elaun perumahan mahupun sagu hati perkhidmatan yang diberi apabila bersara. Beliau menambah perkara tersebut harus diteliti segera berikutan kenaikan kos sara hidup sekarang.  Manakala Ash’ri Komeng yang dipetik daripada BERNAMA (22 Sept. 2011) berpendapat kebergantungan pada caruman KWSP sahaja tidak memadai dan tidak menjamin kehidupan penjawat awam selepas bersara kerana mereka yang berkhidmat dengan tujuh agensi tersebut tidak mendapat kemudahan pencen. Justifikasinya, tuntutan BBDS untuk memastikan kebajikan kehidupan warganya selepas bersara terjamin merupakan sesuatu yang amat relevan. Ini kerana dalam sejarah sistem perkhidmatan awam di Malaysia, kakitangan kerajaan yang pernah memilih skim KWSP diberi pilihan kedua oleh pihak kerajaan dan hampir 100% menukar kembali kepada skim pencen tetapi kenapa kakitangan BBDS yang pernah menjadi sebahagian daripada agensi perkhidmatan awam tidak diberikan peluang yang serupa.
Tuntutan tersebut juga mampu memberi manfaat kepada kebajikan pekerja di mana kebajikan pekerja BBDS akan terus dibela sebagaimana pekerja di perkhidmatan awam. Implikasi daripada keputusan kerajaan itu juga adalah ia mampu mendidik majikan supaya menghargai sumbangan para pekerja iaitu dengan menaikkan caruman KWSP majikan untuk dipindahkan ke akaun pencen kakitangan mereka.

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERUNDINGAN DAN KREDIBILITINYA
Sesuatu perundingan yang wujud di antara pihak-pihak yang terlibat mesti di wakili oleh seseorang perunding. Peranan mereka adalah untuk merealisasikan sebanyak mungkin kehendak atau matlamat pihak yang di wakili mereka dengan mendapat persetujuan bersama daripada pihak lain yang terlibat dalam sesuatu proses perundingan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mentakrifkan perunding sebagai seseorang individu, kumpulan atau sesebuah organisasi yang terlibat di dalam sesuatu perundingan. Terdapat tiga ciri utama seseorang perunding. Pertama, sesuatu pihak mesti terlibat secara langsung dengan sesuatu isu dan mereka sendiri mengambil pendekatan untuk menyelesaikan sendiri permasalahan mereka. Dalam isu tuntutan BBDS ini, perunding yang dimaksudkan adalah kerajaan dan 7 agensi BBDS iaitu BSN, LUTH, Perkeso, KWSP, LTAT,Perhebat dan LHDN. Di mana 7 agensi BBDS tersebut telah mengemukakan 4 tuntutan kepada pihak kerajaan dan kedua-dua pihak telah bertoleransi untuk memilik kaedah perundingan sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.
            Ciri kedua seseorang perunding ialah individu atau kumpulan yang dilantik atau secara sukarela menawarkan diri mereka sebagai perunding walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dengan sesuatu isu yang wujud. Contohnya dalam isu tuntutan 7 BBDS ini, terdapat beberapa pihak luar yang bertindak sebagai pihak ketiga dalam proses perundingan ini. Di antaranya adalah CEUPACS dan MTUC yang banyak menyumbangkan idea, tenaga dan masa mereka untuk melihat proses perundingan ini berjalan lancar demi kebajikan setiap kakitangan yang bertukus lumus menyumbangkan akal fikiran, tenaga dan masa mereka untuk mentransformasikan negara sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
            Ciri terakhir seseorang perunding ialah ia bertindak sebagai wakil daripada organisasi, kumpulan atau negara untuk sesuatu proses perundingan. Dalam isu ini, BBDS telah melantik Tuan Azman Tuan Yaacob sebagai wakil mereka untuk berunding dengan kerajaan berkenaan dengan 4 tuntutan yang mereka kemukakan.
            Sesuatu peroses perundingan ini berlaku apabila semua agensi BBDS bersepakat dan bersatu hati untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku.  Keadaan tersebut berlaku kerana mereka amat yakin dengan kuasa dan pengaruh yang mereka miliki dan juga pengaruh beberapa pihak yang menyokong serta membantu segala tuntutan mereka bagi memanipulasi atau mempengaruhi keputusan kerajaan agar memenuhi tuntutan mereka.
Asas keyakinan 7 badan BBDS tersebut adalah disebabkan kuasa sosial iaitu kedudukan sosial dan hubungan agensi-agensi tersebut dengan masyarakat umum, kuasa teknologi yang mereka miliki dan kredibiliti wakil-wakil perunding mereka. Menurut Johnson R.A (1993), kredibiliti terbahagi kepada tiga ciri utama iaitu kepercayaan, kedinamikan dan kecekapan. Berdasarkan tiga ciri tersebut maka BBDS amat berhati-hati dalam memilih dan melantik seseorang perunding yang bakal mewakili agensi mereka dalam tuntutan tersebut. Seseorang perunding perlu jujur dan amanah agar tahap kepercayaan terhadap mereka tidak diperkotak-katikkan. Pemilihan Presiden Majlis Bertindak BBDS, CEUPACS dan MTUC sebagai perunding juga dibuat atas dasar prestasi kecekapan mereka, rekod pencapaian mereka dalam proses-proses perundingan yang telah mereka lakukan sebelum ini, dan faktor kedinamikan mereka iaitu sejauh mana mereka dapat fokus terhadap isu-isu tersebut.

PROSES PERUNDINGAN
Hakikatnya proses perundingan bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita seharian. Tanpa kita sedari, dalam kehidupan seharian menuntut kita untuk sentiasa berunding. Pada asasnya manusia akan terlibat dengan perundingan pada setiap masa dan di mana sahaja kerana sesuatu aktiviti perundingan merupakan perkara asas dalam interaksi manusia sama ada dengan rakan sebaya, keluarga, masyarakat, organisasi atau pun negara. Walau bagaimanapun, proses perundingan yang melibatkan sesebuah organisasi atau negara bukanlah sesuatu yang mudah.
            Seorang sarjana Barat iaitu Mills, H. A. (1991), menyatakan sesuatu proses perundingan melibatkan tujuh langkah utama yang lebih dikenali sebagai RESPECT. Ia adalah akronim kepada Ready yourself, Explore each other’s need, Signal for movement, Probe with proposal, Exchange concessions, Close the deal, dan Tie-up.
            Tujuh langkah yang diutarakan oleh Mills itu telah diadaptasikan oleh BBDS dalam menjayakan proses perundingan untuk mencapai matlamat tuntutan mereka. Misalnya sebelum sebarang tuntutan dan proses perundingan dibuat, BBDS terlebih dahulu berunding sesama mereka iaitu di antara tujuh agensi BBDS untuk mengenalpasti apakah isu yang perlu diketengahkan. Isu atau permasalahan yang akan dikemukakan perlu dikenalpasti berdasarkan keutamaan sesuatu isu. Di mana setiap isu yang bakal diketengahkan dibuat berasaskan satu teori terkenal iaitu Teori Hierarki Keperluan Maslow[1]. Setelah menentukan isu-isu dan keperluan mereka terhadap isu yang dibawa mereka akan merancang strategi dan teknik sokongan yang bersesuaian dengan isu yang dibawa. Mills menamakan peringkat ini sebagai Ready yourself.
            Manakala pada peringkat kedua (Explore each other’s need) wakil BBDS akan bertemu secara berdepan dengan pihak kerajaan sebagai langkah awal untuk mengenalpasti keperluan masing-masing. Langkah ini penting kerana setiap pihak yang terlibat berpeluang untuk mewujudkan win-win situation, mengenalpasti peluang-peluang daripada pihak yang terlibat dan berkesempatan untuk menguji hipotisis. Contohnya, BBDS telah mengadakan pertemuan dengan kerajaan pada 2009 sebagai reaksi awal tuntutan mereka dan sebagai suatu kaedah untuk memahami kehendak masing-masing.
            Seterusnya langkah ketiga yang dikenali sebagai Signal for movement. Bersesuaian dengan namanya, di mana pada peringkat ini BBDS akan memberi petanda bahawa mereka sudah bersedia untuk mengadakan sesi perundingan. Misalnya, sebelum pertemuan BBDS dengan pihak kerajaan di adakan media massa sama ada media elektronik atau media cetak telah membawa isu tuntutan mereka kepada masyarakat umum. Tindakan tersebut perlu untuk menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia membincangkan tuntutan mereka dan juga sebagai satu strategi untuk meraih atau menguatkan sokongan kepada mereka.
            Langkah keempat iaitu Probe with proposal, di mana pihak BBDS akan menyiapkan tentatif proposal yang mengandungai cadangan-cadangan untuk menyelesaikan tuntutan atau isu yang wujud di antara mereka. Tentatif cadangan tersebut akan diberikan kepada pihak kerajaan untuk dinilai dan dipersetujui oleh mereka. Sekiranya cadangan itu ditolak, pihak BBDS akan membuat semula proposal dalam bentuk lain. Namun, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa itu tidak menolak terus proposal tuntutan tujuh BBDS sebaliknya beliau meminta suatu tempoh untuk memperincikan kewajaran tuntutan yang dikemukakan itu.
            Selepas itu pihak yang terlibat dalam proses perundingan iaitu BBDS dan pihak kerajaan akan melalui fasa Exchange concessions. Pada peringkat ini pihak BBDS akan mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan untuk memenuhi permintaan-permintaan daripada kerajaan demi memenuhi tuntutan mereka. Seterusnya pihak yang terlibat dalam proses perundingan khasnya BBDS bertindak untuk menamatkan proses perundingan dengan cara membina kredibiliti individu atau organisasi yang dilantik atau mewakili mereka. Kredibiliti seseorang perunding seperti yang dijelaskan sebelum ini boleh dilihat berdasarkan kejujuran, kecekapan dan kedinamikan serta kuasa yang ada pada seseorang perunding. Millis menamakan peringkat ini sebagai Close the deal.
            Manakala langkah yang terakhir dalam proses perundingan ialah Tie-up. Peringkat ini merupakan pengukuhan terhadap persetujuan perjanjian yang dicapai. Di mana agensi pihak BBDS dan pihak kerajaan mengesahkan keputusan perundingan mereka dan mereka juga bersedia untuk mengkaji semula keputusan perundingan jika keadaan memerlukannya.

STRATEGI PERUNDINGAN
Faktor kejayaan atau kegagalan sesuatu proses perundingan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh kewibawaan dan kuasa seseorang perunding. Namun, ia juga bergantung kepada strategi yang digunapakai semasa sesi perundingan. Strategi perundingan merupakan perancangan dan teknik yang inplimentasi ketika proses perundingan untuk mencapai hasil yang diingini dalam sesuatu perundingan dan perjanjian. Menurut Donohue (1978) keputusan perundingan sangat dipengaruhi oleh persepsi awal dan perlaksanaan strategi perundingan yang dipilih. Strategi perundingan yang dimaksudkan ialah strategi perundingan tawar-menawar lembut, strategi perundingan tawar-menawar keras, strategi perundingan tawar-menawar Tit for tat, dan strategi perundingan tawar-menawar berperinsip. Justeru itu, seseorang perunding perlu berhemah dalam memilih dan menggunakan pendekatan yang bersesuaian mengikut kehendak dan situasi perundingan tersebut.
            Kronologi perundingan di antara agensi BBDS dengan pihak kerajaan sememangnya amat menarik apabila dikaji. Di awal proses perundingan dengan kerajaan, agensi BBDS telah mengaplikasi strategi perundingan tawar-menawar lembut dalam memenangi tuntutan mereka. Situasi ini mengakibatkan jangka masa proses perundingan mengambil masa yang agak lama. Rasional kepada tindakan tersebut adalah kerana sikap agensi BBDS yang tidak suka kepada konflik. Di samping itu, justifikasi tindakan mereka ialah untuk mengelak dari berlakunya sebarang kesukaran atau kesusahan yang mungkin akan berlaku sehingga membolehkan matlamat utama perundingan mereka tidak beraya.
            Pemilihan strategi perundingan lembut dibuat kerana agensi-agensi BBDS yang membuat tuntutan tersebut berusaha untuk menggelak daripada terlibat dengan konflik dengan pihak kerajaan. Organisasi–organisasi NGO[2] seperti Pemuda UMNO yang menjadi sebahagian daripada perunding kepada BBDS secara sukarela juga mengadaptasi strategi perundingan lembut di dalam proses perundingan mereka. Contohnya, mereka telah menggunakan pengaruh media massa untuk meraih sempati daripada masyarakat umum dan pada masa yang sama memberi rasa bersalah dan merayu kepada kerajaan untuk memenuhi 4 tuntutan BBDS.
            Walau bagaimana pun, penggunaan strategi perundingan lembut menyebabkan 7 agensi BBDS lambat mencapai objektif tuntutan mereka. Oleh yang demikian, mereka telah meminta campur tangan pihak ketiga dengan melantik dua perunding yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan rekod-rekod yang cemerlang sebagai perunding. Dua agensi terbabit ialah CEUPACS dan MTUC. Mereka telah menggunapakai pendekatan strategi yang berbeza dari sebelum ini, di mana mereka telah mengadaptasi strategi perundingan tawar-menawar berprinsip. Kebaikan strategi berprinsip ialah seseorang perunding hanya fokus kepada aspek penyelesaian isu, membentuk win-win situation, dan mampu mencapai keputusan yang positif. Keistimewaan strategi ini juga ialah ia memberi kelebihan kepada pihak yang lemah untuk berkonfrontasi dengan pihak yang lebih berkuasa seperti pihak kerajaan.       

ISU-ISU SAMPINGAN YANG WUJUD KETIKA PROSES PERUNDINGAN BERLANGSUNG
Selain daripada empat (4) tuntutan yang telah dikemukakan, salah seorang daripada perunding yang terlibat dalam proses perundingan tersebut iaitu Presiden MTUC (Mohd Khalid Atan) telah mencadangkan supaya pihak kerajaan mewujudkan satu mekanisme agar semua agensi BBDS memperolehi faedah yang serupa, sama ada yang diperolehi oleh penjawat awam atau kakitangan swasta. Justifikasi saranan beliau ialah kakitangan BBDS tidak pernah memperolehi faedah yang dikecapi oleh penjawat awam dan pada masa yang sama mereka juga tidak mendapat faedah sebagaimana yang dinikmati oleh kakitangan swasta. Di samping itu semasa sesi perundingan berlangsung, beliau juga mendesak kerajaan agar menjelaskan status BBDS yang sebenar sama ada agensi-agensi BBDS masih lagi sebahagian daripada sistem perkhidmatan awam negara atau ianya merupakan salah sebuah entiti swasta.
Pihak yang mewakili BBDS itu juga telah memanfaatkan peluang yang terdapat ketika proses perundingan meminta pihak kerajaan menubuhkan sebuah entiti khusus yang membolehkan agensi-agensi BBDS menyalurkan sebarang aduan jika berlaku pertikaian di antara pihak pengurusan atau pentadbiran BBDS dengan para pekerja mereka. Ini kerana pada masa ini mereka masih tidak mempunyai satu saluran khusus untuk menyuarakan permasalah mereka kepada kerajaan berbanding dengan penjawat awam dan kakitangan swasta yang sudah lama mempunyai kemudahan tersebut (www.blogspot.ceupacs.com.my,2012).

HASIL PERUNDINGAN
Setelah lebih daripada lapan (8) tahun proses perundingan di antara tujuh agensi BBDS dengan pihak kerajaan berlangsung akhirnya pada 25 Mac 2013, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dan wakil kepada kerajaan Malaysia telah bersetuju merealisasikan 4 tuntutan 7 agensi BBDS tersebut. Berdasarkan Akhbar Utusan Malaysia 25 Mac 2013, yang memetik ucapan Perdana Menteri Malaysia, “…Sebagai kerajaan yang mendengar keluh kesah, yang mendengar denyut nadi rakyat dan yang menjaga kebaikan rakyat, saya umumkan kerajaan setuju menubuhkan satu dana pencen bagi badan berkanun 7 agensi yang diasingkan. Ini dilaksanakan berdasarkan jumlah keuntungan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang dibuat setiap bulan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebahagian kekal untuk caruman KWSP manakala sebahagian lagi akan dicarumkan ke dana pencen,” katanya di Majlis Perhimpunan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak bersama 7 agensi badan berkanun yang diasingkan saraan (BBDS) bertempat di PWTC. Kedua, katanya kerajaan bersetuju untuk memberi imbuhan tetap perumahan kepada semua kakitangan tujuh agensi berkenaan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh kakitangan awam sejak 1996. Ujar beliau ketiga, kerajaan bersetuju untuk memberikan saguhati persaraan apabila tamat perkhidmatan manakala keempat, carumah KWSP diselaraskan kepada kakitangan mengikut syer caruman majikan bergantung kepada tahun berkhidmat”.
Sementara itu dalam mengulas isu yang sama, Pengerusi 7 badan agensi terbabit, Tuan Azman Tuan Yaacob melahirkan rasa bersyukur atas pengumuman yang dibuat Perdana Menteri. Oleh yang demikian, ia membuktikan kepada warga BBDS bahawa kerajaan yang kita ada sekarang sememangnya sebuah kerajaan yang menepati janji. Keputusan kerajaan itu telah mengembirakan banyak pihak khasnya kakitangan BBDS yang sudah 20 tahun diasingkan daripada perkhidmatan awam (Azizul Osman, 2013). Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan itu membuktikan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri sentiasa peka kepada keperluan dan perkembangan semasa.
Keputusan Perdana Menteri Malaysia untuk meluluskan 4 tuntutan BBDS itu disambut dengan penuh rasa kesyukuran lebih 400,000 warga BBDS di seluruh negara. Sementara itu berdasarkan petikan akhbar Sinar Harian, 25 Mac 2013, Presiden Kesatuan Kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Ahmad Suffian Abdul Aziz berkata,  "…Alhamdulillah, tuntutan dan pandangan kami untuk menambah baik skim perkhidmatan sedia ada sejak 2009 telah didengar oleh kerajaan. Sekarang BBDS tidak ketinggalan berbanding kakitangan awam lain dari segi pencen, elaun tetap perumahan dan sebagainya".

KESIMPULAN      
Kesimpulannya, keputusan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia untuk meluluskan empat tuntutan tujuh agensi BBDS sememangnya suatu keputusan yang tepat. Keputusan tersebut juga merupakan hasil daripada beberapa siri perundingan agensi BBDS tanpa putus asa dengan pihak kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Dengan kata lain, kredibiliti yang tinggi dan strategi yang bersesuaian yang diadaptasi sewaktu proses perundingan telah memberi impak positif kepada 7 agensi BBDS mencapai objektif mereka. Tindakan Perdana Menteri juga secara tidak langsung membuktikan kepada masyarakat umum dan warga BBDS khasnya bahawa kerajaan yang ada pada hari ini merupakan sebuah kerajaan yang menepati janji dan sentiasa mendengar keluh kesah rakyatnya.
Ia juga adalah sejajar dengan Dasar Transformasi Negara (GTP) dan slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Keputusan tersebut menunjukkan kerajaan sesekali tidak pernah membezakan sesebuah agensi sama ada agensi tersebut berada di sektor awam, swasta atau badan berkanun. Justeru, ia menolak tomahan sesetengah pihak yang menyatakan BBDS telah di anak tirikan oleh kerajaan. Ringkasnya, tindakan yang diambil oleh kerajaan dan 7 agensi BBDS mampu menjamin kesejahteraan dan kebajikan warga BBDS terutama ketika bersara. Implikasi daripada keputusan tersebut juga ialah ia telah memberi suntikan motivasi dan semangat untuk terus menabur keringat dan jasa kepada organisasi mereka dan negara supaya aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,2010).
BIBLIOGRAFI
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.(2010). Jawapan Najib: Merungkai Persoalan Semalam,
Konflik Hari Ini dan Cabaran Masa Depan. Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara
Malaysia dan MPH Group Publishing.

Donohue, W.A.(1978). An empirical framework for examining negotiation process and outcome. Spech
Monographs,45

Johnson R.A.(1993). Negotiation basics: Concepts, skill and exercise. Newbury Park,
California: Sage Publication.

 Kamus Dewan Edisi keempat.(2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mills H.A.(1991). Clinch that deal. England: Gower Publishing.

Salehudin Md Dahlan.(2007). Kerjaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Selangor: PTS
professional Sdn Bhd.

Tan Sri Dr.Ahmad Sarji Ahmad.(1992).Kemajuan pentadbiran awam di Malaysia. Institut
Tadbiran Awam Negara.

Yusuf Ismail.(2006).Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Publications &
Distributions Sdn Bhd.

Laman sesawang

Azizul  Osman.(2013). Empat permintaan tujuh agensi badan berkanun diasing saraan

diluluskan. Capaian 28 April 2013 di http://www.news.abnxcess.com


Berita Harian.(17 Mei 2012). CUEPACS dan MTUC ulangi tuntutan badan berkanun.capaian
pada 22 April 2013. di http://www.bharian.com.my

Berita harian online. (17 Mei 2012).CUEPACS-MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM. Capaian
pada 20 April 2013.di http://www.bharian.com.my

Berita Nasional Malaysia.(22.Sept.2011). Persatuan pekerja tujuh badan berkanun mohon

 

kerajaan bantu selesaikan isu manfaat. Capaian pada 28 April 2013 di http://www.bernama.com


Laman blog CUEPACS.( 2012). cuepacs,mtuc mahu pm baiki kebajikan pekerja badan berkanun.
capaian pada  17 April 2013 di http:// cuepacs.blogsport.com

Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.(2013). Badan Berkanun. Capaian pada 25 April 2013 di

Utusan Malaysia online. (22 Febuari 2011). CUEPACS kemuka tuntutan badan berkanun. Capaian 28

Utusan Malaysia online.(19 Sept 2011). Pemuda UMNO desak kerajaan tunai tuntutan badan
berkanun. Capaian pada 19 April.2013 di http://www.utusan.com.my       

Utusan Malaysia Online.(25 Mac 2013). Najib umum berita gembira kepada kakitangan badan

 

berkanun yang diasingkan saraan. Capaian pada 20 April 2013 di http://www.utusan.com.my    


Utusan Malaysia Online.(26 Mac 2013). Dana pencen badan berkanun diasing saraan. Capaian 21

Sinar Harian.(25 Mac 2013). PM umum ‘berita baik’ pekerja 7 agensi badan berkanun. Capaian pada
21 April 2013 di http://www.sinar.com.my


LAMPIRAN

CUEPACS Blogsport 17 MEI 2012

CUEPACS , MTUC MAHU PM BAIKI KEBAJIKAN PEKERJA BADAN BERKANUN




 
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
KUALA LUMPUR - Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjamin  kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.

Ia akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.

"Kita memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat Perkeso, di sini hari ini.

Omar berkata pihaknya turut berharap kerajaan tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap sektor awam.

Cuepacs juga berharap tujuh agensi itu akan mendapat pencen secara berkala, seperti yang telah dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jika ia tidak boleh mendapat pencen sepertimana sektor awam.

Beliau meminta langkah itu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pekerja sokongan, diselesaikan tahun ini setelah dikemukakan kepada kerajaan sejak 2009.

Mengenai nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan, Omar berkata, Cuepacs meminta kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.

Cuepacs menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung dan memohon jasa baik Perdana Menteri untuk menangani perkara itu dengan kadar segera.
Sementara itu, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan pada sidang media sama berkata, pihaknya akan meminta kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya ketujuh-tujuh badan berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh oleh penjawat awam atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas.

Perkara itu masih belum mendapat maklum balas Perdana Menteri setelah ia dikemukakan bulan lepas.

"Kadang-kadang kita lihat faedah yang diperoleh kakitangan kerajaan, tidak semua kakitangan di badan berkanun dapat, dan pada masa yang sama, faedah-faedah yang diperoleh oleh sektor swasta juga mereka tidak dapat," katanya.

Mohd Khalid berkata, mereka juga tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan jika berlaku pertikaian antara pihak pentadbiran badan berkanun dengan pekerja berbanding penjawat lain. - Bernama

Berita Nasional Malaysia 22 Sept.2011

PERSATUAN PEKERJA TUJUH BADAN BERKANUN MOHON KERAJAAN BANTU SELESAIKAN ISU MANFAAT

Bernama
22/9/2011



KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Persatuan pekerja tujuh badan berkanun Rabu memohon kepada kerajaan agar membantu mereka berhubung isu pemberian manfaat yang pada masa ini tidak selaras dengan penjawat awam lain.

Mereka membabitkan tenaga kerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Hal Ehwal Tentera, Lembaga Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Kejasa) Ash'ari Komeng yang mewakili mereka, berkata antara manfaat berkenaan ialah elaun perumahan dan sagu hati persaraan.

Buat masa ini tenaga kerja di tujuh institusi ini tidak menerima elaun perumahan mahupun sagu hati perkhidmatan yang diberi apabila bersara, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau dan wakil organisasi terbabit sebelum itu mengadakan perbincangan berhubung tuntutan itu dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam.

Ash'ari berkata perkara tersebut harus diteliti segera berikutan kenaikan kos sara hidup sekarang.

"Bergantung pada caruman KWSP sahaja tidak memadai dan tidak menjamin kehidupan penjawat awam selepas bersara kerana mereka yang berkhidmat dengan tujuh agensi tersebut tidak mendapat kemudahan pencen," katanya.

-- BERNAMA


Berita Harian 17 Mei 2012

CUEPACS, MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM

2012/05/17 - 17:50:34 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak. 

Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran saguhati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan - akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat. 
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat). 


"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.

"Kita memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat Perkeso, di sini hari ini.

Omar berkata pihaknya turut berharap kerajaan tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap sektor awam.

CUEPACS juga berharap tujuh agensi itu akan mendapat pencen secara berkala, seperti yang telah dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jika ia tidak boleh mendapat pencen sepertimana sektor awam.
Beliau meminta langkah itu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pekerja sokongan, diselesaikan tahun ini setelah dikemukakan kepada kerajaan sejak 2009.

Mengenai nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan, Omar berkata Cuepacs meminta kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.

CUEPACS menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung dan memohon jasa baik Perdana Menteri untuk menangani perkara itu dengan kadar segera.

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan pada sidang media sama berkata pihaknya akan meminta kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya ketujuh-tujuh badan berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh oleh penjawat awam atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas.

Perkara itu masih belum mendapat maklum balas Perdana Menteri setelah ia dikemukakan bulan lalu.

"Kadang-kadang kita lihat faedah yang diperoleh kakitangan kerajaan, tidak semua kakitangan di badan berkanun dapat, dan pada masa yang sama, faedah-faedah yang diperoleh oleh sektor swasta juga mereka tidak dapat," katanya.

Mohd Khalid berkata mereka juga tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan jika berlaku pertikaian antara pihak pentadbiran badan berkanun dengan pekerja berbanding penjawat lain. - BERNAMA

Azizul Osman(2013)
25 MAR 2013 05:28PM
Pengumunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima baik lebih 8,000 kakitangan 7 agensi yang hadir pada perhimpunan perdana di PWTC hari ini
Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan empat permintaan dikemukakan oleh tujuh agensi badan berkanun yang diasingkan saraan.
Perdana Menteri mengumumkan permintaan pertama yang diluluskan adalah penubuhan dana pencen.
“Sebagai kerajaan yang mendengar keluh kesah, yang mendengar denyut nadi rakyat yang menjaga kebaikan rakyat, saya umumkan kerajaan setuju menubuhkan satu dana pencen bagi badan berkanun 7 agensi yang diasingkan. Ini dilaksanakan berdasarkan jumlah keuntungan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang dibuat setiap bulan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebahagian kekal untuk caruman KWSP manakala sebahagian lagi akan dicarumkan ke dana pencen,” katanya di Majlis Perhimpunan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak bersama 7 agensi badan berkanun yang diasingkan saraan (BBDS) bertempat di PWTC.
Kedua, katanya kerajaan bersetuju untuk memberi imbuhan tetap perumahan kepada semua kakitangan  tujuh agensi berkenaan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh kakitangan awam sejak 1996.
Ujar beliau ketiga, kerajaan bersetuju untuk memberikan saguhati persaraan apabila tamat perkhidmatan manakala keempat, carumah KWSP diselaraskan kepada kakitangan mengikut syer caruman majikan bergantung kepada tahun berkhidmat.
Pengerusi 7 badan agensit terbabit, Tuan Azman Tuan Yaacob yang ditemui dalam sidang media selepas perhimpunan itu melahirkan rasa bersyukur atas pengumuman yang dibuat Perdana Menteri.
“Kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah meluluskan 4 perkara yang ktia perjuangan dari 2009 lagi, sebelum ini pun kami memang percaya sekiranya Perdana Menteri kita campur tangan berkaitan isu-isu ini akan selesai, jadi memang terbuktilah hari ini memang kerajaan kita ada sekarang memang kerajaan tepati janji.”
Katanya dengan pelaksanaan dana pencen itu lebih 40,000 kakitangan 7 agensi akan menerima manfaat yang sebelum ini hanya dinikmati oleh kakitangan awam di bawah kerajaan.
Pada 22 Februari lalu, Azman selaku Presiden 7 agensi BBDS mengadakan pertemuan secara langsung dengan Perdana Menteri di Putra Perdana  bagi membincangkan permintaan BBDS dengan lebih lanjut.
Untuk rekod, 7 agensi BBDS sudah 20 tahun diasingkan dalam perkhidmatan awam.
Tujuh  agensi terbabit adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, LembagaHasil Dalam Negeri (LHDN),  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Utusan Malaysia 25 Mac 2013

Dana pencen pekerja badan berkanun diasing saraan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD 
pengarang@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak dikerumuni kakitangan tujuh Badan-Badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) semasa menghadiri Perhimpunan Perdana bersama BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN
KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh Badan-badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) bakal menerima pencen apabila bersara ekoran persetujuan kerajaan menubuhkan dana pencen untuk mereka.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tiga lagi berita baik kepada kumpulan pekerja terbabit dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan sedia ada iaitu bersetuju memberikan imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan serta penyelarasan caruman majikan untuk semua agensi.
Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan dana pencen berkenaan beliau berkata, jumlah potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat setiap bulan akan dibahagi kepada dua.
''Sebahagian dikekalkan untuk dicarum ke dalam simpanan KWSP manakala sebahagian lagi akan dicarumkan ke dana pencen yang akan ditubuhkan.
''Kerajaan juga bersetuju agar kakitangan Badan-badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya diberikan Imbuhan Tetap Perumahan sebagaimana yang dinikmati penjawat awam,'' katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana bersama tujuh BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dan Pengerusi Persatuan BBDS, Azman Yaakob.
Keempat-empat pengumuman itu cukup menggembirakan 5,000 pegawai serta kakitangan BBDS yang hadir dalam majlis tersebut sehingga Dewan Merdeka gamat dengan tepukan serta sorakan mereka.
Tujuh badan berkanun terbabit ialah Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Mengenai pemberian sagu hati, Najib berkata, pemberian itu berbentuk gratuiti kepada kakitangan BBDS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.
Berhubung langkah menyelaraskan caruman majikan kepada simpanan KWSP pekerja untuk semua agensi pula beliau berkata: ''Semakin lama seseorang pekerja itu berkhidmat di agensi tersebut, maka semakin tinggilah caruman KWSP majikan kepadanya''.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia ada bukannya kerajaan yang melakukan sesuatu semata-mata untuk menjadi popular sebaliknya apa jua pemberian serta bantuan kepada rakyat dilakukan secara bertanggungjawab serta berhemat.
Atas sebab itu katanya, kerajaan mengambil langkah memakmurkan ekonomi terlebih dahulu supaya usaha untuk mensejahterakan kehidupan berjalan dengan baik.
''Apabila ekonomi negara makmur segala kekayaan yang kita kecapi akan kita kongsikan bersama seperti mana pengumuman hari ini. Alhamdulillah pertumbuhan ekonomi kita amat baik.
''Dalam keadaan negara-negara seperti di Eropah bergelut dengan masalah ekonomi, Malaysia pada tahun lalu masih berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang cukup baik iaitu 5.6 peratus,'' katanya.


Sinar Harian 25 Mac 2013
PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun
JAMILAH HAMZAH
25 Mac 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Susulan pengumuman sebahagian insentif Sistem Saraan Transformatif sektor awam dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan empat berita baik bagi pekerja tujuh agensi badan berkanun diasingkan saraan (BBDS).

Empat perkara itu ialah penubuhan satu dana pencen, imbuhan tetap perumahan, memberi sagu hati setelah tamat perkhidmatan dan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerjaan (KWSP) diselaraskan membabitkan kesemua agensi terbabit.
Perdana Menteri berkata, atas dasar prihatin dan mengutamakan rakyat tuntutan itu wajar ditunaikan demi kebajikan pekerja tujuh badan terbabit.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, setelah kajian dan pengumuman dibuat oleh kerajaan, pihak pengurusan dan pihak yang terlibat dalam tujuh agensi ini perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.

"Setelah kita kaji perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa... bagi kerajaan yang mendengar keluh kesah, mengutamakan kebajikan rakyat dan yang mendengar denyut nadi rakyat, saya nak buat empat pengumuman hari ini kepada BBDS.

"... kerajaan telah tunaikan janjinya, jadi diminta pihak yang terlibat mengambil tindakan segera untuk merealisasikan," kata beliau pada Perhimpunan Perdana Bersama BBDS di Pussat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Majlis ini turut dihadiri seramai 2,000 wakil kakitangan BBDS terbabit iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),  KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
Pada tahun lalu, Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengemukakan empat tuntutan kepada Najib  bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.
Empat tuntutan itu ialah mewujudkan skim dana pencen, memanjangkan imbuhan tetap perumahan yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penambahan caruman KWSP syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.
Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat perlu terus memberi mandat kepada kerajaan jika mahukan limpahan kejayaan terus dikongsi bersama.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini turut menyeru rakyat untuk terus memberi mandat kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah janji ditunaikan.
"Kalau nak kejayaan ini berterusan, dan kejayaan beterusan itu limpahannya dikongsi dengan pekerja maka bila smpai masa yang akan kunjung tiba tak lama lagi tahulah tuan-tuan puan-puan apa yang nak dibuat.
"... maka sebuah lagi janji ditepati, saya sudah tunaikan janji bila sampai masa boleh tuan-tuan, puan-puan tunaikan janji untuk saya?" katanya lagi.



[1] Terdapat lima(5) peringkat berasaskan keperluan keutamaan manusia yang dibuat oleh Maslow iaitu keperluan terhadap fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan diri dan akhir sekali keperluan terhadap pencapaian hasrat diri.

[2] NGO ialah akronim kepada Non Goverment Organisation iaitu Pertubuhan Bukan Kerajaan

3 comments:


  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete
  2. TUAN,

    Mengikut petikan
    "Mohd Khalid berkata, mereka juga tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan jika berlaku pertikaian antara pihak pentadbiran badan berkanun dengan pekerja berbanding penjawat lain. - Bernama"
    saya ingin mendapatkan maklumat dari tuan, dimanakah tempat untuk pekerja atau bekas pekerja Badan Berkanun Diasingkan Saraan (BBDS) ini?

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    Sekiranya saya ingin tahu lebih lanjut berkaitan sistem ini, boleh saya berhubung dengan tuan?

    ReplyDelete