Tuesday, March 18, 2014

GMGF 3013 PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM


KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JANUARI SESI 2013/2014

GMGF 3013 PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

TUGASAN KUMPULAN

Arahan:

1)      Jawab semua soalan. 
2)      Tugasan hendaklah dihantar kepada pensyarah masing-masing dalam tempoh dua minggu selepas pertemuan keempat.

SOALAN 1 (25 Markah)

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan tiga projek awam iaitu projek A, projek B dan projek C di sebuah pekan.  Kos awal projek A, B dan C masing-masing ialah RM400,000, RM450,000 dan RM500,000.  Jumlah kos untuk tiga tahun pertama bagi ketiga-tiga projek dijangka meningkat sebanyak tiga peratus daripada kos awal setiap tahun.  Tiada faedah diterima untuk tahun pertama dan kedua bagi ketiga-tiga projek.  Manakala jangkaan faedah bersih untuk ketiga-tiga projek bagi tahun tiga hingga tahun kesepuluh ditunjukkan dalam jadual berikut.
Tahun
Faedah Bersih (RM)
Projek A
Projek B
Projek C
3
15,000
12,000
32,000
4
20,000
23,000
42,000
5
25,000
27,000
46,000
6
30,000
33,000
55,000
7
33,000
22,000
63,000
8
40,000
21,000
70,000
9
55,000
18,000
73,000
10
65,000
13,000
75,000

Dengan menggunakan kaedah mendiskaun faedah bersih jangkaan, tentukan susunan projek yang perlu dipilih oleh kerajaan untuk dilaksanakan.  Andaikan faktor diskaun bagi projek A, B dan C masing-masing adalah 8 peratus, 10 peratus dan 12 peratus.

SOALAN 2 (25 Markah)

i)          Kerajaan bercadang membina sebuah sekolah berasrama penuh yang baru di daerah Kubang Pasu dengan menambak 10 hektar sawah padi.  Sekolah berasrama ini dapat menampung seramai 2,000 pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5.  Pesawah padi di sekitar kawasan sekolah menanam padi dua musim.  Pendapatan semusim adalah RM1,000.
a)         Nyatakan kos langsung nampak, kos tidak langsung nampak, faedah langsung nampak, faedah langsung tidak nampak dan faedah tidak langsung tidak nampak bagi projek ini.
(5 Markah)

b)         Sekiranya projek ini diluluskan, nyatakan jenis-jenis kos projek.  Berikan DUA (2) contoh bagi setiap jenis kos berkenaan.
(10 Markah)
ii)         Jadual berikut menunjukkan nilai faedah bersih jangkaan yang diperolehi daripada dua projek kerajaan iaitu projek A dan projek B.
Tahun
Faedah Bersih (RM)
Projek A
Projek B
1
-150,000
-90,000
2
10,000
12,000
3
15,000
14,000
4
22,000
16,000
5
27,000
18,000
6
35,000
20,000
7
-
22,000
8
-
24,000
9
-
26,000
10
-
28,000

Dengan menggunakankan kaedah mendiskaun faedah bersih jangkaan, tentukan projek manakah yang perlu dipilih oleh kerajaan.  Andaikan faktor diskaun  bersamaan 11 peratus.
(10 Markah)

SOALAN 3 (25 Markah)

a)       Apakah maksud analisis kos-faedah (CBA).  Nyatakan EMPAT (4) tujuan utama CBA bagi projek awam.
(6 Markah)

b)      Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bercadang membina Kolam Mandi Awam (KMA) baru seluas 4,000 meter persegi bagi menggantikan KMA lama.  KMA lama telah dibina dengan kos RM200,000.  KMA baru akan dibina di atas tapak KMA lama selepas ianya dirobohkan.   Pembinaan KMA baru dijangka selesai dalam tempoh dua tahun.  Kos merobohkan KMA lama adalah sebanyak RM100,000.  Sebagai tambahan, seluas 5 hektar tanah di sekitar KMA dibeli oleh kerajaan dengan kos RM200,000 sebelum kerajaan memulakan projek pembinaan KMA baru.  Tapak ini digunakan untuk pembinaan 3 buah kedai iaitu kedai makan, kedai cenderamata dan kedai peralatan berenang.  Jangkaan agihan kos pembinaan projek ini bagi tahun pertama dan kedua masing-masing adalah RM1.5 juta dan RM2.0 juta.  Apabila projek ini siap, KMA baru akan diuruskan oleh MBAS.   Kos pengurusan dan pentadbiran KMA untuk tahun ketiga dan keempat ialah RM300,000 setahun.  Kos ini dijangka meningkat satu peratus setiap tahun selepas tahun keempat. 

KMA baru akan dibuka pada tahun ketiga dan dijangka menarik seramai 3,000 pengunjung dewasa dan 1,000 pengunjung kanak-kanak setiap bulan pada tahun berkenaan. Bilangan pengunjung dijangka meningkat sebanyak dua peratus setiap tahun selepas tahun ketiga.   Pengunjung dewasa dan kanak-kanak masing-masing akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM4.00 dan RM2.00 seorang.  Di samping itu, kesemua kedai akan disewa setiap bulan dengan bayaran sewa sebanyak RM200 sebulan.   Diandaikan semua kedai terus beroperasi selagi KMA baru kekal digunakan.

i)       Berdasarkan penerangan projek ini, berikan SATU (1) contoh bagi setiap faedah langsung nampak, faedah langsung tidak nampak, faedah tidak langsung tidak nampak, kos langsung nampak dan kos tidak langsung nampak.
(5 Markah)

ii)      Dengan mengambilkira maklumat kos dan faedah nampak sahaja, hitung nilai kini faedah bersih bagi projek ini bagi tempoh lapan tahun.  Diandaikan faktor diskaun ialah lapan peratus setahun.
(14 Markah)


SOALAN 4 (15 Markah)
           
Katakan kerajaan perlu membuat dua pilihan projek pembinaan iaitu mini stadium dan projek taman rekreasi bandaran dengan kebarangkalian 0.75 bagi keadaan baik (B) dan kebarangkalian 0.25 bagi keadaan tidak baik (TB).  Projek pembinaan mini stadium melibatkan pembayaran RM13 juta (TB) dan pembayaran RM26 juta (B).  Utiliti yang dinikmati masyarakat bagi projek ini ialah 15 (B) dan 35 (TB).  Manakala projek taman rekreasi bandaran melibatkan pembayaran RM4 juta (TB) dan pembayaran RM7 juta (B).   Utiliti untuk projek ini ialah 4 (TB) dan 30 (B). Berdasarkan maklumat ini, jawab soalan-soalan berikut.

i)          Bentukkan jadual yang bersesuaian dengan mengambilkira jenis projek, impak projek, pembiayaan dan utiliti.
(5 Markah)

ii)         Kira utiliti jangkaan yang akan diterima masyarakat bagi kedua-dua projek.
(6 Markah)

iii)        Dengan mengambilkira jawapan (i) dan (ii), terangkan projek manakah yang lebih sesuai untuk dilaksanakan oleh kerajaan.
(4 Markah)















SOALAN 1

Dengan menggunakan kaedah mendiskaun faedah bersih jangkaan, tentukan susunan projek yang perlu dipilih oleh kerajaan untuk dilaksanakan.  Andaikan faktor diskaun bagi projek A, B dan C masing-masing adalah 8 peratus, 10 peratus dan 12 peratus.


TAHUN
FAEDAH BERSIH (RM)
FAKTOR DISKAUN
NILAI KINI FAEDAH BERSIH NKFB (RM)

A
B
C
A (8%)
B (10%)
C
(12%)
A
B
C
1
0
0
0
0.9259
0.9091
0.8929
0
0
0
2
0
0
0
0.8573
0.8264
0.7972
0
0
0
3
15,000
12,000
32,000
0.7938
0.7513
0.7118
11,907.00
9,015.60
22,777.60
4
20,000
23,000
42,000
0.7350
0.6830
0.6355
14,700.00
15,709.00
26,691.00
5
25,000
27,000
46,000
0.6806
0.6209
0.5674
17,015.00
16,764.30
26,100.40
6
30,000
33,000
55,000
0.6302
0.5645
0.5066
18,906.00
18,628.50
27,863.00
7
33,000
22,000
63,000
0.5835
0.5132
0.4523
19,255.50
11,290.40
28,494.90
8
40,000
21,000
70,000
0.5403
0.4665
0.4039
21,612.00
9,796.50
28,273.00
9
55,000
18,000
73,000
0.5002
0.4241
0.3606
27,511.00
7,633.80
26,323.80
10
65,000
13,000
75,000
0.4632
0.3855
0.3220
30,108.00
5,011.50
24,150.00

JUMLAH NKFB (RM)
238,985.50
356,150.40
289,326.30


Berdasarkan jadual pengiraan di atas. Projek yang akan menjadi pilihan kerajaan untuk dilaksanakan adalah Projek B kerana jumlah Nilai Kini Faedah Bersih (NKFB)  Projek B (RM 356,150.40)  adalah lebih besar berbanding Projek A (RM238,985.50) dan Projek C (RM289,326.30).





















SOALAN 2

i)          Kerajaan bercadang membina sebuah sekolah berasrama penuh yang baru di daerah Kubang Pasu dengan menambak 10 hektar sawah padi.  Sekolah berasrama ini dapat menampung seramai 2,000 pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5.  Pesawah padi di sekitar kawasan sekolah menanam padi dua musim.  Pendapatan semusim adalah RM1,000.
a)         Nyatakan kos langsung nampak, kos tidak langsung nampak, faedah langsung nampak, faedah langsung tidak nampak dan faedah tidak langsung tidak nampak bagi projek ini.
           


Faedah
Kos
Langsung
Nampak
Sekolah yang dapat menampung seramai 2,000 pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5.
Kos menambak 10 hektar sawah padi.

Tidak Nampak
Orang ramai dapat menggunakan peralatan sekolah untuk tujuan tertentu
-
Tidak Langsung
Nampak
-
Pendapatan semusim bagi pesawah padi adalah RM1,000

Tidak Nampak
Meningkatkan kadar pendidikan pelajar
-


b)         Sekiranya projek ini diluluskan, nyatakan jenis-jenis kos projek.  Berikan DUA (2) contoh bagi setiap jenis kos berkenaan.
            Jenis-jenis kos projek adalah seperti:
·         Kos Pembinaan
ü  Kos alatan pembinaan
ü  Kos pekerja-pekerja

·         Kos Pengurusan
ü  Kos pengurusan kontraktor
ü  Kos talian hayat seperti penggunaan telefon dalam urusan pembinaan
ü  Kos pendokumentasian dan pengiklanan



ii)         Dengan menggunakankan kaedah mendiskaun faedah bersih jangkaan, tentukan projek manakah yang perlu dipilih oleh kerajaan.  Andaikan faktor diskaun  bersamaan 11 peratus.

TAHUN
1
FAEDAH BERSIH
FAKTOR DISKAUN
11%
NILAI KINI FAEDAH BERSIH
(RM)
NKFB (RM)
Projek
A
Projek
B
Projek
A
Projek
B
1
-150,000
-90,000
0.9009
-135,135.00
-81,081.00
2
10,000
12,000
0.8116
8,116.00
9,739.20
3
15,000
14,000
0.7312
10,968.00
10,236.80
4
22,000
16,000
0.6587
14,491.40
10,539.20
5
27,000
18,000
0.5935
16,024.50
10,683.00
6
35,000
20,000
0.5346
18,711.00
10,692.00
7
-
22,000
0.4817
0
10,597.40
8
-
24,000
0.4339
0
10,413.60
9
-
26,000
0.3909
0
10,163.40
10
-
28,000
0.3522
0
9,861.60
JUMLAH NKFB (RM)
-66,824.10
11,845.20








Projek yang menjadi pilihan kerajaan untuk dilaksanakan adalah Projek B kerana jumlah Nilai Faedah Bersih (NKFB)  Projek B (RM11,845.20) adalah lebih besar berbanding Projek A (RM-66,824.10). Ini kerana kos yang ditanggung oleh Projek A melebihi daripada faedah yang diterima.
















SOALAN 3

a)      Apakah maksud analisis kos-faedah (CBA).  Nyatakan EMPAT (4) tujuan utama CB bagi projek awam.

·         CBA merupakan satu kaedah yang praktikal bagi menentukan susunan relatif projek-projek kerajaan dalam sesuatu tempoh tertentu. Ianya menjadikan sebagai satu alat dalam proses membuat keputusan.
·         CBA juga merupakan satu kaedah penilaian polisi dengan memberikan nilai kewangan ke atas semua akibat perlaksanaan sesuatu polisi.
·         CBA adalah satu kaedah praktikal untuk membuat penaksiran aspek kewangan dan bukan kewangan bagi faedah dan kos sesuatu projek untuk satu tempoh masa tertentu.
·         CBA dapat digunakan dalam skop penilaian yang luas iaitu merangkumi penilaian terhadap polisi, program, projek, regulasi dan lain-lain bentuk intervensi kerajaan.

Empat tujuan utama CB bagi projek awam adalah :
·         Memperoleh maklumat projek
·         Menyusun projek mengikut kelebihan berbanding
·         Membuat pilihan antara alternatif terbaik
·         Memastikan projek terpilih menyumbang kepada kecekapan

b)      .

i)       Berdasarkan penerangan projek ini, berikan SATU (1) contoh bagi setiap faedah langsung nampak, faedah langsung tidak nampak, faedah tidak langsung tidak nampak, kos langsung nampak dan kos tidak langsung nampak.
        


Faedah
Kos
Langsung
Nampak
Menarik 3,000 pengunjung dewasa dan 1,000 pengunjung kanak-kanak setiap bulan
Kos tanah seluas 400 meterpersegi.

Tidak Nampak
Peratusan bilangan pengunjung akan meningkat
-
Tidak Langsung
Nampak
-
Kos pembinaan KMA lama adalah RM200,000

Tidak Nampak
Pengunjung dapat menikmati keseronokan beriadah di Kolam Mandi Awam
-

ii)      Dengan mengambilkira maklumat kos dan faedah nampak sahaja, hitung nilai kini faedah bersih bagi projek ini bagi tempoh lapan tahun.  Diandaikan faktor diskaun ialah lapan peratus setahun.

           
TAHUN
FAEDAH BERSIH (RM)
FAKTOR DISKAUN
NILAI KINI FAEDAH BERSIH NKFB (RM)
0
-300,000
1.0000
-300,000
1
-1,500,000
0.9259
-1,388,850
2
-2,000,000
0.8573
-1,714,600
3
-283,600
0.7938
-225,121.68
4
-283,600
0.7350
-208,446
5
-286,600
0.6806
-195,059.96
6
-289,600
0.6302
-182,505.92
7
-292,600
0.5835
-170,732.10
8
-295,600
0.5403
-159,712.68
JUMLAH NKFB (RM)
-4,545,028.34








SOALAN 4

Katakan kerajaan perlu membuat dua pilihan projek pembinaan iaitu mini stadium dan projek taman rekreasi bandaran dengan kebarangkalian 0.75 bagi keadaan baik (B) dan kebarangkalian 0.25 bagi keadaan tidak baik (TB).  Projek pembinaan mini stadium melibatkan pembayaran RM13 juta (TB) dan pembayaran RM26 juta (B).  Utiliti yang dinikmati masyarakat bagi projek ini ialah 15 (B) dan 35 (TB).  Manakala projek taman rekreasi bandaran melibatkan pembayaran RM4 juta (TB) dan pembayaran RM7 juta (B).   Utiliti untuk projek ini ialah 4 (TB) dan 30 (B). Berdasarkan maklumat ini, jawab soalan-soalan berikut.

i)                    Bentukkan jadual yang bersesuaian dengan mengambilkira jenis projek, impak projek, pembiayaan dan utiliti.

Analisis ketakpastian projek mini stadium dan taman rekreasi


Mini Stadium
Taman Rekreasi

Impak Projek

Baik (B)
Tidak Baik (TB)
Baik (B)
Tidak Baik (TB)
Pembiayaan
26
13
7
4
Utiliti
15
35
30
4

# (kebarangkalian impak projek 0.75 bagi keadaan baik (B) dan 0.25 bagi tidak baik (TB)).

ii)                              Kira utiliti jangkaan yang akan diterima masyarakat bagi kedua-dua projek.


E[U(W)]MS      =          ProbU(W(B)) + ProbU(W(TB))
                        =          0.75U(W(26)) + 0.25(W(13))
                        =          0.75(15) + 0.25(35)
                        =          11.25 + 8.75
                        =          20

E[U(W)]TR       =          ProbU(W(B)) + ProbU(W(TB))
                        =          0.75U(W(7) + 0.25(W(4)
                        =          0.75(30) + 0.25(4)
                        =          3.5 + 20
                        =          23.5


iii)        Dengan mengambilkira jawapan (i) dan (ii), terangkan projek manakah yang lebih sesuai untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Kesimpulannya, dalam keadaan baik, Projek Taman Rekreasi menjadi pilihan untuk dilaksanakan. Manakala dalam keadaan tidak baik, Projek Mini Stadium menjadi pilihan berbanding Projek Taman Rekreasi.  Berdasarkan pengiraan di atas, Projek Mini Stadium lebih berisiko kerana E[U(W)]MS < E[U(W)]TR. Oleh itu, Projek Taman Rekriasi lebih disukai dari Projek Mini Stadium .

2 comments:

  1. Bg soalan no. 3 b (ii) tu blh tunjukkan jalan kerja x .?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi soalan 3,pengiraan faedah bersih tahun 0-8 tu macam mana nk kira?..

      Delete