Friday, May 7, 2010

Senyuman

SENYUMAN...ia percuma tapi amat berharga,
ia menjadikan penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskin.
Ringkasnya, ianya seperti kilat berlegar diingatan sepanjang masa.
Tidak ada sesiapa yang terlalu kaya hingga tidak memerlukanya,
tidak ada sesiapa yang terlalu miskin hingga tidak mampu memperolehinya.

Ia menjadikan sesebuah rumahtangga bahagia, kebaikan dalam perniagaan, kemesraan dalam persahabatan, ia memberikan kekuatan dalaman kepada yang keletihan, memulihkan semangat yang kecewa, menggembirakan yang kesedihan dan ubat yang paling mujarab kepada kerungsingan.

Ia tidak boleh dibeli, dipinta, dipinjam atau dicuri kerana ia begitu berharga, hanya diberikan sebagai hadiah.

Tidak ada sesiapa yang amat memerlukan lebih dari seseorang yang tidak lagi memilikinya untuk diberi kepada orang lain.