Sunday, April 13, 2014
BINCANGKAN EMPAT (4) KELEMAHAN BERSERTA LANGKAH MENGATASI KELEMAHAN-KELEMAHAN BADAN KORPORAT AWAM (TENAGA NASIONAL BERHAD) DISEBABKAN TERDAPAT KAWALAN OLEH KERAJAAN.
BINCANGKAN EMPAT (4) KELEMAHAN BERSERTA LANGKAH MENGATASI KELEMAHAN-KELEMAHAN BADAN KORPORAT AWAM (TENAGA NASIONAL BERHAD) DISEBABKAN TERDAPAT KAWALAN OLEH KERAJAAN.
PENDAHULUAN
Korporat sering dikaitkan dengan imej yang hebat seperti seseorang yang berjaya dalam dunia perniagaan, memiliki harta yang banyak, seorang ahli perniagaan yang terkenal dan sebagainya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) digubal untuk melahirkan lebih ramai golongan korporat di kalangan masyarakat Melayu atau Bumiputera dalam pelbagai bidang. Ianya berpunca daripada Peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara. Justeru, pelbagai dasar telah digubal untuk mengelak peristiwa yang sama dari berulang (Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaludin, 2004). Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Implikasi dari dua dasar tersebut menyaksikan pada hari ini kebanyakan mereka yang berada dalam Gorvement Link Coorperation atau GLC mendominasi peluang-peluang ekonomi di Malaysia. Ianya lahir dari teras budaya saing melalui perkongsian, usahasama dengan syarat-syarat swasta menerusi konsep Pensyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan negara.
Tenaga Nasional Berhad atau lebih senonim dengan panggilan TNB merupakan salah satu daripada produk yang berjaya diwujudkan melalui dua dasar tersebut. Penswastaan TNB atau sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Lekterik Negara (LLN) pada tanggal 1 September 1990 sewajarnya akan terus berdaya saing, dan mengalami peningkatan pencapaian, kecekapan dan produktiviti. Ironinya keadaan sebaliknya telah menimpa TNB. Justeru pelbagai langkah telah dan bakal dilaksanakan untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan TNB selaku peneraju agensi pembekal tenaga elekterik negara.
DEFINISI BADAN KORPORAT AWAM
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pengkorporatan ditakrifkan sebagai proses mengkorporatkan sesebuah organisasi atau menukar sesebuah agensi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat. Badan korporat lazimnya terletak di bawah Akta Syarikat 1965. Misi dan visi sesebuah badan korporat akan lebih jelas kerana ianya bersendikan kecekapan, keberkesanan, produktiviti yang tinggi, bermatlamat keuntungan, agresif, berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap dan sebagainya untuk terus kekal bersaing dalam pasaran tempatan dan global.
Pelaksanaan pengkorporatan dan penswastaan di Malaysia dibuat secara serentak. Penswastaan bermaksud memindahkan perkhidmatan dan fungsi daripada sektor awam kepada sektor swasta. Manakala pengkorporatan pula melibatkan pemindahan aset, tanggungjawab, hak dan obligasi sesuatu badan berkanun kepada sesebuah organisasi yang diwujudkan di bawah Akta Syarikat 1965, tetapi masih dimiliki oleh pihak kerajaan.
SEJARAH PENUBUHAN BADAN KORPORAT AWAM
Sejarah penswastaan atau pengkorporatan agensi awam di Malaysia bermula apabila Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu telah mengumumkan Dasar Penswastaan negara dalam bulan Mac 1983.
Penswastaan dalam istilah yang lebih luas bererti mengurangan peranan langsung kerajaan dalam agensi awam kepada sektor swasta. Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya di suatu persidangan mengenai Industri Sekuriti di Malaysia pada 28 April 1984 menekankan;
“…kerajaan-kerajaan di kebanyakan tempat di dunia memang menghadapi ketidakcekapan apabila menguruskan perusahaan-perusahaan, sekalipun dibantu dengan monopoli dan kuasa kerajaan. Di satu keadaan yang lain, sektor swasta lebih bermotivasi dan umumnya lebih cekap. Adalah diharapkan bahawa penswastaan akan dapat memperbaiki perkidmatan-perkhidmatan prestasi umum dan ekonomi, yang memberi kesan pertumbuhan negara keseluruhannya dengan yang lebih cepat…”
(Ahmad Atory Hussain,1998).
TUJUAN DASAR PENSWASTAAN.
Secara ringkasnya, terdapat lima (5) sebab utama sesuatu dasar penswastaan diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertindak sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu pada tahun 1983. Tujuan yang dimaksudkan ialah untuk mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran, penambahbaikan kecekapan dan produktiviti, mengurangkan saiz kehadiran sektor awam dalam ekonomi negara, meluaskan peluang-peluang ekonomi bagi membantu golongan Bumiputera sebagaimana yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dan untuk membantu dalam aspek pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.
Penswastaan ini dilaksanakan ekoran daripada dasar liberalisasi dan penyahkawalseliaan diperingkat antarabangsa. Malah sektor awam di Malaysia sudah menjadi terlalu besar. Contohnya penghujung tahun 1999 sejumlah 457 agensi kerajaan telah berjaya diswastakan.
TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB).
Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau lebih dikenali sebagai Lembaga Lektrik Negara (LLN) sebelum 1992 merupakan sebuah entiti kerajaan yang memonopoli penjanaan tenaga elektrik negara. Menurut TNB History, LLN merupakan satu entiti yang berjaya dan sentiasa mencatat keuntungan dengan pengurusan berkaliber. Sebelum 1992, LLN mampu menurunkan tarif kepada pengguna mereka. Bank Dunia pernah memujinya dengan mengiktirafkannya sebagai sebuah entiti yang ditadbir dengan baik, sihat dari segi kewangan dengan dasar menentukan harga yang sesuai dan autonomi yang mencukupi (Oxford Business Group Malaysia, 2008).
Pengkoporatan Lembaga Lektrik Negara (LLN) menyaksikan berlaku penjenamaan baru apabila nama LLN ditukar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangaan.
Latar belakang TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan syarikat utiliti terbesar di Malaysia dengan aset perniagaannya hampir RM71.4 billion. Syarikat ini mempunyai kira-kira 29,149 warga kerja (kumpulan) dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih kurang 7.6 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan. TNB juga disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia (www.tnb.com.my). Malah TNB merupakan syarikat tunggal di negara ini yang diberi mandat secara rasmi oleh kerajaan untuk mengurus tadbir semua aspek yang berhubungkait dengan penjanaan sumber tenaga, penyediaan peralatan yang berkaitan seperti tiang lampu, kabel-kabel elektrik untuk perbagai sumber, dan mengurus serta mentadbir elemen-elemen manusia seperti soal pengrekrutan, latihan kemahiran, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan seseorang kakitangan.
Peranan TNB
Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional , iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Rangkaian grid ini menghubungkan stesen-stesen jana elektrik TNB dan Penjana Bebas (IPP) dengan rangkaian sistem pembahagian. Grid ini juga disambungkan dengan stesen penghantaran Thailand di utara dan stesen penghantaran Singapura di selatan. Rangkaian pembahagian TNB pula diuruskan menerusi satu sistem yang komprehensif serta pusat-pusat perkhidmatan pelanggan dan pusat-pusat pengurusan panggilan. Talian yang dimaksudkan terdiri dari talian 132 KV, 275 KV dan 500 KV. Selain itu, TNB melalui anak syarikatnya juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. TNB juga menjadi peneraju dalam mengendali universiti swasta mereka sendiri iaitu Universiti Tenaga Nasional (www.tnb.com.my).
Keupayaan penjanaan
TNB mempunyai keupayaan menjana elektrik sebanyak 11,296 MW dengan menggunakan kemudahan logi hidroelektrik dan logi terma.
Logi hidroelektrik
Logi hidroelektrik merupakan empangan yang dibina di dalam tasik ataupun sungai dengan menggunakan kekuatan aliran air bagi menjana tenaga elektrik. Terdapat tiga (3) skim hidroelektrik dengan keupayaan sejumlah 1,1911 MW menerusi 21 buah empangan yang beroperasi di beberapa negeri.
Skim hidroelektrik Sungai Perak dengan keupayaan 1,249 MW. Di mana tenaga elektrik dijana melalui 7 buah empangan iaitu Empangan Pergau, Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering, Empangan Sungai Piah Hulu, Empangan Sungai Piah Hilir dan Empangan Chenderoh.
Skim hidroelektrik tunggal di negeri Terengganu pula terletak Tasik Kenyir. Empangan Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu ini mampu menjana 400 MW. Ia merupakan empangan terbesar di Malaysia yang dibina di atas Tasik Kenyir iaitu tasik buatan manusia. Seterusnya stesen hidroelektrik di Pahang pula dijana oleh 7 buah empangan yang terdapat di Cameron Highlands. Empangan yang dimaksudkan ialah Empangan Woh, Empangan Sultan Yussuf, Empangan Odak, Empangan Habu, Empangan Kampung Raja, Empangan Terla dan Empangan Robinson Falls atau kini dikenali sebagai Empangan Lata Iskandar.
Logi Terma
Terdapat enam (6) buah logi terma atau logi bakar dengan keupayaan menjana tenaga elektrik berjumlah 4,435 MW dan beberapa logi bakar yang dikendalikan oleh syarikat jana bebas (IPP). Antaranya ialah logi Paka, Paka, Terengganu, Logi Connaught Bridge di Kelang, Selangor, Logi Port Dickson, Negeri Sembilan, Logi Pasir Gudang, Johor, Logi Serdang, Selangor, Logi Teluk Ewa di daerah Gelugor, Pulau Pinang, Logi Manjung, Perak, Logi Kapar di kelang, Selangor dan Logi Liberty Power.
Logi-logi terma ini beroperasi melalui kaedah pembakaran bahan api seperti gas asli, minyak dan arang batu.
Malamat dan visi TNB
Misi TNB ialah untuk sentiasa beriltizam bagi mencapai kecemerlangan dalam produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Manakala visi korporat TNB pula ialah untuk menjadi di antara badan korporat yang terunggul di dunia dalam bisnes tenaga dan bidang-bidang lain yang berkaitan.
Tarikh pengswastaan
Kemampanan ekonomi pada penghujung 1980an, turut memberi kesan kepada TNB. Syarikat tenaga negara telah menghantar permohonan untuk meningkatkan kapasiti penjanaanya. Justifikasi permohonan TNB ialah berlaku permintaan tinggi untuk bekalan tenaga elektrik di seluruh negeri tanpa kapasiti menjana yang sepadan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan pada masa itu telah menolak rancangan Tenaga Nasional Berhad. Natijahnya, berlaku satu situasi power blackout selama 48 jam di seluruh Semenanjung Malaysia pada 29 September 1992 yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada negara.
Bertitik tolak daripada kejadian tersebut kerajaan telah mengambil pendekatan menswastakan industri tenaga negara pada tahun 1992, kerajaan memulakan penswastaan TNB dengan menjual 22% saham TNB di KLSE (www.tnb.com.my).
Analisa selepas pengswastaan
Kajian menunjukkan bahawa 20 tahun selepas penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga-tiga tujuan utama dasar penswastaan. Pihak kerajaan sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya seperti yang dirancang. “…our past experience in privatizing power generation has not resulted in optimal result…” (CEO, 1 Malaysia Development Berhad). Syarikat 1 Malaysia Development Berhad merupakan syarikat milik kerajaan yang telah membeli aset tenaga Ananda Krishnan pada Mac 2012. Justeru, rasional penswastaan TNB merupakan suatu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan memandangkan ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup berjaya dan sentiasa mencatat keuntungan. Ia bertentangan dengan dasar penswastaan negara sebenar di mana syarikat-syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian (unprofitable) sahaja yang akan diswastakan (Jack W. Plunkett, 2009).
EMPAT (4) KELEMAHAN TNB
Sukar untuk diterima bagaimana sebuah syarikat tunggal yang tiada saingan dalam menguruskan urusan elektrik negara boleh mengalami kerugian yang dasyat. Kerugian RM1 billion bukanlah satu kerugian yang sedikit dan sudah tentu ia menimbulkan keraguan tentang bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Ketenatan kewangan TNB menyaksikan ia terpaksa menanggung kerugian untuk menjalankan operasinya.
Masyarakat umum melihat situasi ini sebagai satu keadaan yang amat mendukacitakan. Pelbagai cerita mula dibongkarkan yang menunjukkan entiti milik kerajaan (GLC) ini sudah tidak diuruskan dengan cekap. Di antara kelemahan yang terdapat dalam TNB ialah;
Pengkorporatan mengakibatkan kenaikan tarif kepada pengguna.
Kadar tarif merupakan suatu bayaran yang dikenakan oleh TNB kepada pengguna dalam kadar tertentu. Ironinya kebelakangan ini pengguna tenaga elektrik sering disajikan dengan tuntutan pihak TNB dan pihak kerajaan untuk menaikkan kadar tarif dengan alasan pihak TNB terpaksa menanggung kos yang banyak untuk menyediakan tenaga elektrik kepada pengguna ekoran kenaikan harga bahan mentah di pasaran. Cadangan daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohamad Noh agar amalan menaikkan kadar tarif setiap tiga hingga empat tahun dengan melibatkan pertambahan kadar antara tiga hingga empat peratus dapat dilaksanakan kerana ianya telah terbukti keberkesanannya di negara-negara maju (www.tnb.com.my). Kesannya pada hari ini terdapat juga kadar tarif yang dinaikkan secara senyap oleh pihak TNB.
Situasi ini tidak sepatutnya berlaku kerana TNB merupakan sebuah entiti yang memonopoli penjanaan tenaga elektrik negara. TNB sepatutnya mampu menurunkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kadar tarif yang sedia ada walaupun terdapat kenaikan bahan mentah di pasaran memandangkan TNB merupakan sebuah syarikat GLC yang besar dan memonopoli industri tenaga elektrik negara. Lantaran itu sudah tentu TNB mampu menentukan kadar tarif dengan satu kadar yang lebih berpatutan. Kenaikan kadar tarif ini sebenarnya berpunca daripada beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pihak TNB ekoran perbelanjaan berlebihan dalam aspek yang berhubung kait dengan IPP. Manakala pihak kerajaan tidak sepatutnya terus menyokong tanpa melakukan sesuatu kerana sebarang kenaikan tarif sudah semestinya akan membebankan rakyat dan menjadi penyebab kepada kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan lain.
Penurunan kadar keuntungan bersih TNB.
Penswastaan TNB secara tidak langsung telah memberi lesen menjana kuasa kepada syarikat-syarikat swasta lain. Daripada permulaan sehingga kini, kerajaan menjadi pemilik saham majoriti di TNB. Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi-agensi kerajaan lain seperti Khazanah, KWSP, Amanah Saham dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, aspek penswastaan yang amat signifikan adalah penawaran lesen menjana kuasa elektrik kepada syarikat-syarikat IPP swasta yang diberi kontrak penjana tenaga bebas untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk dibekalkan kepada pengguna. Di mana pihak kerajaan dilihat telah meluluskan lesen lima (5) IPP yang dimiliki oleh mereka yang tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List.
Pemilihan IPP dilaksanakan oleh Economic Planning Unit (EPU) di Jabatan Perdana Menteri tanpa pemilihan yang telus. Tidak ada tender terbuka dan mereka dipilih bukan berdasarkan kebolehan, pengalaman atau kepakaran mereka kerana kesemua mereka yang tersenarai tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada 5 IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru kerana tidak ada kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat Melayu kerana hanya seorang Bumiputera sahaja yang terdapat dalam senarai 5 IPP tersebut. IPP yang dimaksudkan ialah YTL Power Generation Sdn. Bhd. Milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd. Milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Port Dickson Power Bhd. Milik Tan Sri T. Ananda Krishnan di mana ianya kini dibeli oleh 1 MDB , Power Bhd. Milik Tan Sri T. Ananda Krishnan dan Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. Milik Tan Sri Lim Goh Tong.
Pihak kerajaan pada masa itu telah meminta pihak TNB untuk menandatangani satu perjanjian dengan IPP. Di mana di bawah perjanjian tersebut TNB mesti membeli sejumlah kualiti elektrik daripada IPP walaupun TNB tidak memerlukannya. Contohnya, harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. Menurut Tan Sri Ani Arope (2006), TNB menjana kuasa pada kos sen seunit (kwh) dan mampu menjualnya kepada pengguna pada harga 17 sen seunit, manakala kos menjana elektrik oleh IPP ialah 16 sen seunit (kwh) yang dijual kepada TNB pada harga 23 sen seunit dan TNB pula akan menjual kepada pengguna pada harga 30 sen seunit. Seterusnya, risiko penurunan dalam permintaan seperti berlaku semasa krisis ekonomi ditanggung oleh TNB. Malah TNB terpaksa menghentikan pengeluarannya semasa Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1977, sedangkan IPP terus beroperasi dan menjualkannya kepada TNB. Jumlah bayaran kepada IPP meningkat setiap tahun sedangkan pendapatan bersih TNB pula menunjukkan sebaliknya. Contohnya, TNB kini terpaksa membayar lebih RM4 billion setahun kepada IPP tanpa mengira sama ada kapasiti elektrik digunakan sepenuhnya atau tidak, yang mana beban kos tersebut tidak berpadanan dengan keuntungan tahunan TNB yang berjumlah RM1.5 billion.
Perjanjian ini sangat memihak kepada IPP sehingga Tan Sri Ani Arope selaku Pengerusi Eksekutif TNB pada masa itu enggan menandatangani kontrak dan meletak jawatan. Apa yang nyata dalam perjanjian tersebut ialah IPP boleh memindahkan semua kos kenaikan harga bahan api kepada TNB ketika TNB sendiri tidak memiliki mekanisme berkaitan tarif. Ringkasnya perjanjian tersebut telah menghakis prestasi kewangan TNB dengan bayaran berbillion-billion ringgit kepada IPP. Pada tahun 2011, keuntungan bersih TNB turun dari RM3.2 billion pada tahun 2010 ke RM499.5 juta. Salah satu sebabnya ialah kerana TNB terpaksa membayar harga gas dan membeli bahan bakar ganti yang lebih mahal daripada IPP (Noraini Othman dan Sumit Kumar Mandal, 2000).
Mutu perkhidmatan yang lemah.
Walaupun TNB telah mengalami proses pengkoporatan selama 22 tahun namun minda kakitangan dan pihak pengurusan TNB masih lagi ditakuk lama. Tempoh masa sahaja tidak menjamin kejayaan sesuatu proses pengkorporatan sekiranya ianya tidak selaras dengan minda semua warga TNB. Buktinya kebelakangan ini profit TNB menujukkan penurunan keuntungan sedangkan TNB masih sebuah syarikat yang memonopoli penjanaan tenaga elektrik negara. Kakitangan TNB juga seperti berada dalam zon selesa apabila sering mengambil tempoh waktu yang panjang dalam mengambil sesuatu tindakan. Kakitangan bawahan TNB seolah-olah masih bekerja dengan sektor kerajaan yang sukar untuk memberhentikan pekerja walau hakikatnya Syarikat TNB kini berbangga dengan imej korporatnya.
Contohnya jika terdapat panggilan aduan mengenai gangguan bekalan elektrik pada jam 2.00 petang, tindakan yang diambil kebiasaannya lewat iaitu selepas waktu pejabat. Apa yang nyata mereka sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan elaun kerja lebih masa dan ini sememangnya merugikan syarikat dan para pelanggan serta menyusahkan pengguna yang membuat aduan.
Selain itu, mutu perkhidmatan yang lemah juga disumbang daripada kesan pelantikan CEO TNB. Kerajaan dilihat telah campur tangan dalam soal pelantikan CEO TNB. Mereka yang dilantik bukan terdiri daripada mereka yang pakar dalam urus tadbir TNB tetapi daripada luar. Justeru CEO dan pihak pengurusan tertinggi tidak dapat mengenalpasti permasalahan sebenar yang dihadapi oleh warga TNB dan seterusnya membantu meningkatkan keuntungan TNB.
Kegagalan mencari alternatif lain.
Pengkorporatan atau penswastaan sesuatu entiti juga tidak menjamin kedudukan entiti tersebut dalam pasaran. TNB dan IPP masih bergantung kepada subsidi gas dan tidak ada usaha untuk membangunkan teknologi tenaga alternatif yang lebih murah dan hijau. Pihak kerajaan seperti merestui tindakan TNB yang tidak melakukan sebarang inovasi untuk mencari alternatif lain. Pada masa ini pihak TNB masih lagi berada pada tahap teknologi yang lama kerana masih lagi menggunapakai tenaga elektrik yang dijana daripada empangan hidroelektrik, pembakaran gas asli dan arang batu.
Ironinya, bahan mentah seperti gas asli dan arang batu semakin berkurangan dan memerlukan kos yang tinggi untuk mengimportnya. Manakala empangan hidroelektrik pula memerlukan kawasan tertentu dalam saiz yang besar. Situasi ini amat merugikan negara kerana pembinaan empangan menuntut pengorbanan sejumlah besar hutan untuk tujuan tersebut (Noraini Othman dan Sumit Kumar Mandal, 2000). Umpamanya, empangan Kenyir yang menjadi kebanggaan masyarakat Terengganu merupakan sebuah empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia yang dibina di tasik buatan manusia apabila sejumlah besar kawasan tadahan hujan dan kediaman hidupan liar telah dimusnahkan dengan rakusnya semata-mata untuk mencapai aspirasi kerajaan.
KAEDAH MENGATASI
Menamatkan kontrak dengan semua IPP.
Penswastaan membolehkan pihak swasta yang berkemampuan boleh mendapatkan lesen untuk menjana elektrik. Fenomena ini telah terbukti di mana banyak IPP telah ditubuhkan sebagaimana pepatah Melayu “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”. Pada permulaannya kerajaan telah campurtangan dalam perjanjian IPP dengan TNB apabila turut terlibat dalam perjanjian yang berat yang merugikan TNB.
Natijahnya, peranan TNB seolah-olah mengorbankan diri sendiri supaya IPP boleh terus mandapatkan untung yang lumayan. Keputusan kerajaan membeli aset yang dijual oleh Tan Sri T. Ananda Krisnan adalah pengakuan bahawa model penswastaanya telah gagal. Justeru, pihak TNB perlu menamatkan kontrak dengan semua IPP kerana ia sudah tentu dapat menjimatkan berbillion-billion ringgit wang TNB dan rakyat Malaysia secara amnya. Dengan itu peranan kerajaan sekali lagi ditagih untuk memperbetulkan semula kesilapan perjanjian tersebut.
Alternatif baru untuk sumber tenaga.
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini TNB terpaksa membelanjakan sejumlah besar pendapatan mereka kerana masih lagi bergantung kepada subsidi gas asli, kos import arang batu yang mahal dan kos penyelenggaraan serta kos membina sesebuah empangan hidroelektrik yang tinggi. Pihak TNB sepatutnya bertindak lebih bijak dalam mencari alternatif lain yang lebih mesra alam dan menggunakan sejumlah peruntukan yang kecil untuk menjana tenaga elektrik.
Sebagai sebuah negara yang terletak di kawasan tropika, Malaysia sudah tentu terdedah kepada cahaya matahari yang banyak. Oleh yang demikian, penggunaan panel solar untuk menjana tenaga elektrik merupakan suatu langkah bijak yang perlu direalisasikan. Panel solar juga terbukti lebih mesra alam berbanding dengan proses pembakaran gas asli dan arang batu oleh IPP untuk mendapatkan tenaga elektrik. Contohnya kerajaan negeri Melaka telah menjadi perintis kepada sumber tenaga hijau apabila negeri tersebut mula menggunakan panel solar untuk menjana tenaga elektrik.
Selain solar terdapat pelbagai alternatif lain yang sesuai dilaksanakan di negara ini seperti penggunaan turbin angin atau kincir angin, penjanaan tenaga elektrik daripada sisa buangan, nuklear dan sebagainya. Rumusnya, masih terdapat pelbagai pilihan yang boleh diterapkan penggunaannya oleh pihak TNB dalam proses penjanaan tenaga elektrik seperti membangunkan sumber tenaga alternatif hijau selain daripada sumber tenaga yang sedang dipraktikkan pada masa kini. Ianya adalah seiring dengan malamat korporat TNB agar mengurangkan semaksimum mungkin kes-kes gangguan bekalan tenaga.
Membaiki mutu perkhidmatan.
Kelemahan yang paling ketara TNB ialah mengtransformasikan minda warga TNB sejajar dengan pengkorporatan entiti tersebut. Kakitangan dan pihak pengurusan TNB masih lagi berada dalam zon selesa sebagaimana kakitangan-kakitangan agensi kerajaan lain terutama dalam asek tempoh masa yang terlalu lama dalam menyelesaikan sebarang tugas dan juga aduan daripada para pengguna.
Bagi memastikan syarikat terus menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan menyokong visi strategik, kepimpinan global dan kompetensi warga kerja TNB dipertingkatkan secara berterusan menerusi program-program yang tersusun. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, TNB juga menitikberatkan perhubungan komuniti demi memastikan masyarakat umum mendapat faedah dan manfaat sewajarnya daripada usaha-usaha yang dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, warga TNB tanpa mengira pangkat perlu menjalani pelbagai kursus, latihan kemahiran, kursus perhubungan pelanggan dan sebagainya secara konsisten agar isu kelewatan tersebut dapat diatasi segera. Malah kini TNB dilihat telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan sebuah universiti. Dengan kata lain, dalam pembangunan modal insan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah ditubuhkan untuk melahirkan individu-individu yang berbakat dalam pelbagai bidang. Usaha murni itu juga dilaksanakan agar TNB tidak akan mengalami kekurangan tenaga profesional dan pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan. Ia juga sebagai menyahut saranan daripada pemuda UMNO yang telah mencadangkan agar syarikat-syarikat GLC seperti TNB, TM dan Petronas berusaha mempertingkatkan keupayaan Bumiputera dengan menyediakan peruntukan melatih golongan Bumiputera dengan cara mewujudkan pusat-pusat pengajian tinggi mereka sendiri (Hashim Haji Wan Teh, 1993). Selain itu ia berperanan untuk terus mengukuhkan modal insan dan status kewibawaan TNB sebagai sebuah entiti korporat. Bertitik tolak daripada itu, maka TNB juga telah membina pusat latihan mereka sendiri di Bangi, Selangor (www.tnb.com.my).
TNB juga telah mewujudkan laman sesawangnya mereka sendiri di www.tnb.com.my, laman facebook dan TNB Care Line untuk sebarang pertanyaan am mengenai TNB, aduan bekalan elektrik dan sebagainya. Ianya diharap mampu memberi pendedahan latihan kemahiran kepada pihak pengurusan dan kakitangan disamping melahirkan golongan pekerja yang profesional dan pakar dalam sesuatu bidang (www.tnb.com.my).
Seterusnya TNB juga telah melaksanakan sistem perlaksanaan “Whistle Blowing” secara bebas tol pada bulan Ogos 2008. Objektifnya ialah untuk meningkatkan kepercayaan dan mempastikan integriti syatikat dan perkhidmatan yang dibekalkan sentiasa dipelihara dan dipertingkatkan.
Manakala dalam soal perlantikan CEO pula ahli lembaga pengarah perlu melantik mereka yang benar-benar arif tentang TNB atau mereka yang terdiri daripada warga TNB itu. Oleh yang demikian, seseorang CEO akan mudah untuk mengenalpasti permasalahan sebenar yang dihadapi oleh TNB dan berupaya memandu warga TNB untuk mencapai malamat yang telah ditetapkan. Berbeza dengan apa yang diamalkan sekarang, di mana jawatan CEO dilantik sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Kaji semula penswastaan TNB.
Selain daripada metodologi yang dinyatakan di atas, kelemahan TNB yang masih membelenggu TNB sekarang boleh diatasi dengan memiliknegarakan semula industri penjanaan elektrik. Ini kerana TNB tidak seperti entiti lain yang diswastakan kerana masalah beban kewangan, sebaliknya TNB terbukti mencatat keuntungan sebelum proses penswastaan dilaksanakan pada tahun 1992. Oleh yang demikian, langkah pemiliknegaraan semula TNB adalah wajar dilaksanakan supaya zaman kegemilangan TNB dapat berulang. Apa yang diperlukan oleh warga TNB ialah semangat dan iltizam sektor swasta untuk mengaut keuntungan yang besar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dasar pengkorporatan agensi awam merupakan langkah terbaik kerajaan dalam memajukan lagi agensi terbabit agar terus mampu bersaing dalam pasaran serta dapat menyumbang perkembangan ekonomi negara dalam merealisasikan hasrat negara untuk muncul sebagai negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Pihak kerajaan dan khasnya TNB seharusnya tidak mudah berputus asa apabila berdepan dengan halangan-halangan. Mereka perlu sentiasa berusaha secara konsisten untuk memastikan misi dan visi TNB dapai di capai dalam tempoh masa yang lebih singkat. Apa yang pasti TNB perlu sentiasa bersaing dalam pasaran domestik dan global sebagaimana kata-kata keramat Tun Dr. Mahathir Mohamad “Malaysia Boleh”, maka TNB juga pasti boleh mengharungi sabarang halangan yang datang.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Atory Hussain. (1998). Reformasi pentadbiran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Hashim Haji Wan Teh. (1993). UMNO dalam arus perdana politik kebangsaan. Kuala
Lumpur: Manir Publications.
Institut Pengurusan Malaysia. (2008). Pengurusan di Malaysia. Institut Terjemahan
Negara Malaysia.
Jack W. Plunkett. (2009). Plunkett’s Energy Industry Alwanac. Plunkett Reseach Ltd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaludin. (2004).Dasar Ekonomi baru:Intipati. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Noraini Othman, Sumit Kumar Mandal. (2000). Malaysia menangani globalisasi:
peserta atau mangsa?. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Oxford Bussiness Group Malaysia. (2008). The Report: Malaysia 2008. Oxford
Business Group.
Laman sesawang.
Sejarah Tenaga Nasional Berhad. Capaian pada 10 April 2014 di www.tnb.com.my.
Tuesday, April 8, 2014
Bincangkan empat konsep komunikasi
BINCANGKAN EMPAT (4) KONSEP KOMUNIKASI.
Pendahuluan
Komunikasi merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Sedar atau pun tidak, setiap manusia perlu berinteraksi atau berkomunikasi dalam kehidupan seharian seperti dengan keluarga, masyarakat atau warga organisasi. Hakikatnya, manusia adalah kehidupan bermasyarakat yang perlu berkomunikasi sama ada secara verbal atau menggunakan simbol tertentu yang mewakili sesuatu mesej.
Definisi konsep
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mentakrifkan konsep sebagai pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu. Manakala komunikasi pula didefinisikan sebagai perhubungan sama ada secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan sebagainya. Perkataan komunikasi sebenarnya dipinjamkan daripada bahasa Inggeris, iaitu communication yang bermaksud mewujudkan persamaan. Oleh yang demikian, proses komunikasi yang berlaku di antara dua atau lebih individu merupakan suatu proses untuk mencipta persamaan kefahaman terhadap sesuatu makna. Manakala Emerly, Ault dan Agree (1965), menerangkan komunikasi merupakan seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Umpamanya, sejarah silam membuktikan masyarakat terdahulu berhubung di antara satu sama lain melalui simbol-simbol tertentu yang ditemui pada dinding-dinding gua dan makam diraja. Sistem komunikasi tersebut telah berevolusi sehingga kini.
Rogers (1969), pula menjelaskan komunikasi sebagai satu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain untuk mencapai kesefahaman. Contohnya, hanya individu-individu tertentu sahaja yang dapat memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pelukis menerusi lukisan mereka. Bahasa isyarat juga hanya dapat difahami oleh seseorang yang telah mendalami bahasa tersebut manakala orang awam tidak dapat mengagak dengan tepat maksud yang ingin disampaikan oleh mereka. Richard West & Lynn Turner (2007), pula memperincikan komunikasi sebagai proses sosial di emana individu-individu menggunakan simbol-simbol tertentu untuk dan menginterpretasikan makna dalam lingkungan mereka. Oleh yang demikian, setiap masyarakat atau bangsa tertentu berkomunikasi dalam bahasa yang secara umumnya hanya difahami oleh mereka. Contohnya, pertuturan masyarakat Cina di Malaysia hanya dapat difahami oleh individu dalam kelompok masyarakat mereka sahaja dan sebaliknya bangsa-bangsa lain.
Berdasarkan definisi komunikasi yang telah dijelaskan, kita dapat mengenal pasti beberapa komponen komunikasi iaitu sumber atau pengirim, mesej, saluran, penerima dan maklum balas. Rajah 1 di bawah menunjukkan model asas komunikasi.
Rajah 1
Model Asas Komunikasi
Proses komunikasi bermula apabila sumber iaitu pengirim menghantar mesej kepada penerima atau khalayak dengan menggunakan saluran atau medium tertentu. Proses komunikasi ini dikenali sebagai komunikasi sehala. Selain itu, terdapat juga unsur maklum balas yang menunjukkan terdapat perhubungan antara sumber dengan penerima. Proses maklum balas tersebut dikenali sebagai komunikasi dua hala, di mana berlaku perkongsian makna di antara sumber dengan penerima. Model asas komunikasi juga menunjukkan terdapat gangguan seperti bunyi bising, gagap, kurang konsentrasi dan sebagainya menyukarkan proses komunikasi. Manakala persekitaran sesuatu proses komunikasi juga menjadi faktor penentu keberkesanan komunikasi.
Empat konsep (elemen) komunikasi.
Menurut Ishak Mad Sah (2006), terdapat beberapa elemen komunikasi antaranya ialah sumber, mesej, saluran dan penerima.
Sumber juga dikenali sebagai pengirim. Sumber boleh terdiri daripada seseorang individu, kumpulan atau sesebuah organisasi. Sumber berperanan menghantar sesuatu mesej melalui saluran tertentu kepada penerima. Contohnya, kerajaan Malaysia bertindak sebagai sumber memberikan mesej atau maklumat terkini mengenai misteri kehilangan pesawat MH 370 kepada masyarakat umum (penerima) melalui tertentu seperti saluran televisyen, radio dan media baru.
Mesej iaitu intipati dalam proses komunikasi. Mesej terdiri daripada lisan dan bukan lisan dan tersurat atau tersirat. Mesej wujud daripada perasaan yang ingin diluahkan, pendapat dan idea-idea yang hendak disampaikan kepada penerima. Tujuan sesuatu mesej adalah seperti perbincangan, kefahaman, menyalurkan maklumat dan untuk memberi arahan. Contohnya, poster larangan merokok merupakan suatu mesej bukan lisan melarang aktiviti merokok kepada masyarakat umum oleh kerajaan.
Saluran adalah merujuk kepada perantara yang berkemampuan menyalurkan mesej daripada sumber kepada penerima. Salah satu penyumbang kepada komunikasi yang berkesan adalah pemilihan saluran. Sumber perlu mengenalpasti saluran tertentu yang dapat menyalurkan sesuatu mesej kepada penerima. Saluran terbahagi kepada tiga iaitu saluran bersemuka untuk komunikasi interpersonal, saluran perantara seperti telefon bimbit dan radio dan saluran mesej tanpa lisan seperti lukisan dan bahasa isyarat. Saluran berubah mengikut peredaran zaman. Umpamanya, masyarakat terdahulu pernah menggunakan burung merpati sebagai saluran untuk menghantar sesuatu mesej tetapi sekarang terdapat pelbagai alternatif yang boleh digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi seperti telefon bimbit, televisyen, radio, akhbar, media baru dan sebagainya.
Elemen keempat dalam model asas komunikasi ialah penerima iaitu merangkumi seseorang individu atau sekumpulan individu yang menerima mesej daripada sumber. Proses komunikasi berkesan berlaku apabila sumber dan penerima memiliki ciri-ciri yang sama untuk membolehkan penerima mendenkod mesej daripada sumber.
Kesimpulan
Berdasarkan empat elemen asas komunikasi tersebut ia membolehkan kita memahami sesuatu proses komunikasi. Elemen-elemen tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Namun apa yang penting dalam sesuatu proses komunikasi adalah sumber dan penerima perlu memiliki ciri-ciri yang sama supaya penerima dapat memahami sebarang maklumat yang hendak disampaikan oleh sumber. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa elemen lain yang turut mempengaruhi proses komunikasi seperti gangguan, persekitaran, pengalaman, pengaruh budaya dan sebagainya.
Bibliografi
Emery, R., Ault, P., & Agee, W.K. (1965). Introduction to mass communication.
Bombay: Valkis, Feefer and Simons Printer Ltd.
Ishak Mad Sah. (2006). Kepimpinan dan hubungan interpersonal dalam organisasi.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Kamus Dewan Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Richard West & Lynn Turner. (2007) Introducing Communinication: Teory, Analysis
and Application. New York: McGraw-Hill.
Rogers, E. (1969). Modernization among peasants. New York: Holt, Rinehart &
Winston.
Friday, April 4, 2014
Tuesday, March 18, 2014
ISU 4 TUNTUTAN 7 BADAN BERKANUN YANG DIASINGKAN SARAANNYA
ISU 4 TUNTUTAN 7 BADAN BERKANUN YANG DIASINGKAN SARAANNYA
PENGENALAN
Sejarah pembentukan badan
berkanun di Malaysia bermula pada tahun 1992. Badan-badan berkanun tersebut
merupakan sebahagian daripada agensi kerajaan (Salehhudin Md.Dahlan, 2007).
Namun pada tahun 2005, beberapa badan berkanun telah
diasingkan saraannya oleh kerajaan (BBDS). Di mana kerajaan pada waktu itu
telah melakukan tindakan drastik dengan melepaskan
sepenuhnya kuasa mengurus dan mentadbir beberapa agensi badan berkanun yang
sebelum ini diurus tadbir oleh kerajaan untuk diuruskan sendiri oleh pihak pengurusan
tertinggi badan-badan berkanun itu sendiri. Justitikasi tindakan tersebut
adalah kerana kerajaan amat yakin dengan kematangan para pengurusan tertinggi
badan-badan berkanun tersebut. Tindakan mengasingkan saraan itu juga
menampakkan asosiasi kerajaan terhadap BBDS iaitu untuk memberi peluang dan
ruang seluasnya kepada pihak pengurusan tertinggi entiti BBDS melaksanakan
peranan mereka secara total tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan
seperti mana sebelumnya. Disamping itu ia juga adalah sebagai
persedian awal entiti terbabit menghadapi cabaran globalisasi dan Wawasan 2020
iaitu untuk merealisasikan aspirasi kerajaan supaya Malaysia menjadi sebuah
negara maju yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Ironinya,
tahap kebajikan para pekerja BBDS tidak seiring dengan kakitangan sektor awam.
Situasi ini menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati di kalangan
kakitangan BBDS. Implikasinya, kesemua entiti BBDS telah berunding dan
bersetuju untuk mengemukakan empat (4) tuntutan terhadap kerajaan.
BADAN BERKANUN YANG DIASINGKAN SARAAN(BBDS).
Yusof Ismail (2006),
kewujudan badan-badan berkanun yang diasingkan saraanya adalah berpunca
daripada pengenalan sistem saraan baru yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Pengasingan saraan ini bermatlamat agar BBDS dapat berfungsi dengan lebih
cekap, berkesan dan lebih responsive kepada kehendak persekitaran. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji (1992), badan
berkanun di negara kita dipecahkan kepada 2 (dua) kategori utama iaitu badan
berkanun yang tidak diasingkan saraan dan badan berkanun yang diasingkan
saraan. Badan berkanun yang tidak diasingkan saraan merujuk kepada badan-badan
berkanun yang masih lagi bergantung kepada kerajaan dalam urusan pengurusan dan
pemberian emolument. Manakala badan
berkanun yang diasingkan saraan bermaksud kerajaan telah melepaskan semua kuasa
meliputi hak pengurusan dan pentadbiran sesebuah agensi kepada pengurusan
agensi itu sendiri. Maka segala aktiviti syarikat diserah sepenuhnya kepada
kebijaksanaan pengarah sesebuah organisasi terbabit, melainkan urusan
pembahagian bonus di mana ia perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian
Kewangan terlebih dahulu. Justeru, tujuan pengasingan pengurusan saraan tujuh
badan berkanun ialah untuk menjadikan agensi-agensi tersebut lebih
bertanggungjawab, akauntibiliti, dan responsive kepada kehendak persekitaran.
AKTA BADAN BERKANUN
Menurut Portal Rasmi Jabatan
Perkhidmatan Awam (2013), badan berkanun adalah sebahagian daripada Sistem
Pentadbiran Malaysia. Pembentukan badan berkanun di Malaysia adalah di bawah
Akta Parlimen dan juga Enekmen Dewan Undangan Negeri. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan
Surcaj) 2000 atau Akta 605 ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 31 Julai
2000 dan berkuat kuasa pada 1 November 2000.
Akta
605 ini adalah terpakai bagi semua badan berkanun persekutuan yang menerima
pakai Sistem Saraan Baru, kecuali badan-badan berkanun persekutuan yang
diasingkan sistem saraannya sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama
Akta 605. Oleh yang demikian, badan-badan berkanun persekutuan yang sistem
saraannya diasingkan perlu memastikan peraturan-peraturan tatatertib yang
sedang diguna pakai diselaraskan dengan peraturan-peraturan tatatertib dalam
Jadual Kedua Akta 605. Sekiranya peraturan tatatertib yang sedia ada berlawanan
dengan peraturan yang terdapat dalam Jadual Kedua Akta 605 maka BBDS terbabit
mesti membuat pengubahsuaian supaya ia selaras dengan sistem pengurusan, sistem
saraan dan dengan keperluan semasa badan-badan berkanun persekutuan yang
berkenaan menurut peruntukan undang-undang pemerbadanan masing-masing (www.jpa.gov.my,2013).
Seterusnya, Portal Rasmi Jabatan
Perkhidmatan Awam (2013) juga menggariskan bahawa BBDS pada atau selepas
berkuatkuasanya Akta 605 dan Pekeliling Perkhidmatan ini, bolehlah mengemukakan
permohonannya untuk disenaraikan ke dalam Jadual Pertama Akta 605 bagi
dikecualikan daripada pemakaian Akta 605 ini. Permohonan ini hendaklah
dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang seterusnya membuat
perakuan kepada Y.A.B. Perdana Menteri untuk mendapat persetujuan sewajarnya.
AGENSI-AGENSI BBDS
Terdapat tujuh badan berkanun yang
menganggotai BBDS. Tujuh agensi badan berkanun tersebut ialah Pertubuhan
Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji
(LUTH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas
Angkatan Tentera (Perhebat).
OBJEKTIF PEMBENTUKAN BBDS
·
Untuk menjadikan agensi BBDS lebih bertanggungjawab,
akauntibiliti, dan responsive kepada kehendak persekitaran.
·
Untuk
memberi peluang kepada para pengurusan tertinggi BBDS merancang sendiri emolument seperti gaji, elaun, kemudahan pinjaman kakitangan dan
kemudahan-kemudahan lain kepada kakitangan masing-masing tanpa perlu
bergantung kepada pihak kerajaan.
·
Untuk mengurangkan beban
tanggungan kerajaan mengurus organisasi-organisasi di bawah Jabatan
Perkhidmatan Awam.
LATAR BELAKANG ISU
Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, tujuh agensi ini pada asalnya diurus tadbir di bawah sektor awam
sepenuhnya, tetapi bermula 2005, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku
Perdana Menteri pada masa itu telah mengasingkan pengurusan tujuh badan
berkanun yang terpilih daripada pentadbiran awam. Justeru, pihak pengurusan tertinggi agensi
BBDS akan menguruskan sendiri secara autonomi pengurusan BBDS masing-masing. Justifikasinya,
tindakan tersebut untuk menjadikan setiap agensi BBDS lebih bertanggungjawab,
akauntibiliti, dan responsive kepada kehendak persekitaran. Di samping itu, pembentukannya
juga bermatlamat memberi
peluang kepada para pengurusan tertinggi BBDS merancang sendiri emolument seperti gaji, elaun, kemudahan
pinjaman kakitangan dan kemudahan-kemudahan lain kepada kakitangan
masing-masing tanpa perlu bergantung kepada pihak kerajaan.
Namun kenyataannya, sehingga pada hari ini kerajaan masih lagi
tidak melepaskan semua hak dan kuasa kepada pengurusan tertinggi BBDS untuk
mengurus dan mentadbir sendiri organisasi mereka tanpa wujudnya
kekangan-kekangan daripada pihak lain. Contohnya, dalam urusan pemberian bonus
tahunan kepada kakitangan BBDS, pihak pengurusan tertinggi BBDS perlu
mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum pembayaran bonus
dilaksanakan. Ahli-ahli BBDS juga tidak diberikan pencen secara berkala
sebagaimana pekerja kerajaan, mereka hanya diberi imbuhan KWSP apabila telah bersara.
Pihak kerajaan juga sehingga sekarang tidak menjelaskan status sebenar BBDS.
Lantaran itu, beberapa siri perjumpaan telah diatur di antara agensi-agensi
BBDS untuk mencari persetujuan bersama mengenai masa depan BBDS dan seterusnya
mengemukakan tuntutan-tuntutan tersebut kepada pihak kerajaan.
Pada tahun 2009, mereka telah mencapai
persepakatan dan melantik seorang wakil untuk berunding dengan kerajaan. Pada
tahun yang sama juga wakil mereka iaitu presiden BBDS telah mengemukakan empat
tuntutan dan meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai status mereka dalam
sistem pentadbiran di Malaysia. Beliau berharap pihak kerajaan dapat
menjelaskan kekaburan yang mereka hadapi itu. Empat tuntutan yang dikemukakan
itu adalah untuk mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap
Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan,
bayaran sagu hati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi
tersebut. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan mengambil pendekatan untuk
berdiam diri. Justeru, presiden BBDS telah meminta bantuan MTUC dan CEUPACS
mengulangi tuntutan mereka atau dengan kata lain agensi BBDS melantik MTUC dan
CEUPACS untuk mewakili mereka mendesak pihak kerajaan supaya bersetuju untuk mengadakan
proses perundingan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dua pihak tersebut(Azizul
Osman,2013).
Bermula dari tarikh tersebut,
kebanyakan media massa sama ada media cetak atau media eloktronik telah memapar
dan menyiarkan serta membincangkan justifikasi 4 tuntutan BBDS tersebut.
Senario ini menarik minat masyarakat Malaysia dan badan-badan NGO lain untuk
turut menyokong dan mendesak kerajaan supaya meluluskan tuntutan Kesatuan
Sekerja BBDS tersebut. Misalnya, akhbar Utusan Malaysia pada 19 Sept. 2011, melaporkan Seketeriat
Pekerja Muda dari Pergerakan Pemuda UMNO, MTUC, CEUPACS, Kesatuan Kakitangan
Sokongan Satu International Islamic University (KESATU) telah bersama-sama
dengan Kesatuan Kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kesatuan
Kakitangan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kesatuan
Kakitangan Lembaga Tabung Haji, Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung
Angkatan Tentera(LTAT), Kesatuan Pegawai-Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN), Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Sokongan LHDN, Kesatuan Pekerja
Bank Simpanan Nasional dan Kesatuan Kakitangan Perbadanan Hal Ehwal Bekas
Tentera(Perhebat) telah mengadakan
pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanjangkan
memorandum tuntutan kesatuan tersebut dan mendapat reaksi positif. Jesteru,
beliau berharap, kerajaan akan menyegerakan proses meluluskan tuntutan-tuntutan
kesatuan berkenaan kerana ia dipercayai akan meringankan beban hidup kira-kira
40,000 ahli BBDS (www.utusan.com.my,2011)
Seterusnya pada 17 Mei 2012 akhbar
Berita Harian melaporkan Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
akan mengulangi empat tuntutan BBDS semasa sesi perundingan bersama Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh
agensi badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak. Presiden CUEPACS
Datuk Omar Osman dipetik berkata, “…Kita memohon kepada kerajaan supaya
mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam
dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti,” katanya
selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat
Perkeso, di sini hari ini. Beliau juga berkata pihaknya turut berharap kerajaan
tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap
sektor awam. Mengulas isu yang sama, beliau menjelaskan CUEPACS telah
memperjuangkan isu ini sejak 2009 dan sekiranya kerajaan meluluskan empat
tuntutan BBDS ia dijangkakan memberi manfaat kepada kira-kira 120.000 orang
pekerja di dalam BBDS(www.bharian.com.my,17
Mei 2012).
Malah
pada tahun 2012 terdapat beberapa siri pertemuan atau rundingan di antara
kesatuan kakitangan BBDS dengan MTUC, CUEPACS dan wakil kerajaan untuk membincangkan
isu tersebut. Ia adalah ekoran Dasar Tranformasi Negara dan sikap keperihatinan
kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang membawa slogan “Rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan”.
RASIONAL TUNTUTAN TERSEBUT
Selepas BBDS diasingkan daripada sektor awam
pada tahun 2005, wujud kekaburan mengenai status mereka dan kesan daripada
pengasingan tersebut juga wujud beberapa ketidakadilan dalam agihan kebajikan
kakitangan BBDS berbanding agensi awam ataupun swasta. Rentetan daripada situasi
itu, agensi-agensi BBDS telah bersepakat mengemukakan 4 tuntutan kepada
kerajaan di samping meminta penjelasan
kerajaan berkaitan status BBDS kerana berdasarkan perjanjian awal kerajaan
bersetuju memberi kuasa autononi kepada BBDS mentadbir entiti masing-masing
namun ironinya kerajaan masih mempunyai kuasa dalam membuat beberapa keputusan
dalam urus tadbir BBDS.
Menurut BERNAMA (22 Sept. 2011), persatuan
pekerja tujuh badan berkanun memohon kepada kerajaan agar membantu mereka
berhubung isu pemberian manfaat yang tidak selaras dengan penjawat awam lain. Presiden
Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (Kejasa), Ash'ari Komeng yang mewakili mereka,berkata antara manfaat
berkenaan ialah elaun perumahan dan sagu hati persaraan. Buat masa ini tenaga
kerja di tujuh institusi ini tidak menerima elaun perumahan mahupun sagu hati
perkhidmatan yang diberi apabila bersara. Beliau menambah perkara tersebut
harus diteliti segera berikutan kenaikan kos sara hidup sekarang. Manakala Ash’ri Komeng yang dipetik daripada
BERNAMA (22 Sept. 2011) berpendapat kebergantungan pada caruman KWSP sahaja tidak memadai dan tidak
menjamin kehidupan penjawat awam selepas bersara kerana mereka yang berkhidmat
dengan tujuh agensi tersebut tidak mendapat kemudahan pencen. Justifikasinya,
tuntutan BBDS untuk memastikan kebajikan kehidupan warganya selepas bersara
terjamin merupakan sesuatu yang amat relevan. Ini kerana dalam sejarah sistem
perkhidmatan awam di Malaysia, kakitangan kerajaan yang pernah memilih skim
KWSP diberi pilihan kedua oleh pihak kerajaan dan hampir 100% menukar kembali
kepada skim pencen tetapi kenapa kakitangan BBDS yang pernah menjadi sebahagian
daripada agensi perkhidmatan awam tidak diberikan peluang yang serupa.
Tuntutan
tersebut juga mampu memberi manfaat kepada kebajikan pekerja di mana kebajikan
pekerja BBDS akan terus dibela sebagaimana pekerja di perkhidmatan awam.
Implikasi daripada keputusan kerajaan itu juga adalah ia mampu mendidik majikan
supaya menghargai sumbangan para pekerja iaitu dengan menaikkan caruman KWSP
majikan untuk dipindahkan ke akaun pencen kakitangan mereka.
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERUNDINGAN DAN
KREDIBILITINYA
Sesuatu perundingan yang
wujud di antara pihak-pihak yang terlibat mesti di wakili oleh seseorang
perunding. Peranan mereka adalah untuk merealisasikan sebanyak mungkin kehendak
atau matlamat pihak yang di wakili mereka dengan mendapat persetujuan bersama daripada
pihak lain yang terlibat dalam sesuatu proses perundingan. Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007), mentakrifkan perunding sebagai seseorang individu, kumpulan
atau sesebuah organisasi yang terlibat di dalam sesuatu perundingan. Terdapat
tiga ciri utama seseorang perunding. Pertama, sesuatu pihak mesti terlibat secara
langsung dengan sesuatu isu dan mereka sendiri mengambil pendekatan untuk
menyelesaikan sendiri permasalahan mereka. Dalam isu tuntutan BBDS ini,
perunding yang dimaksudkan adalah kerajaan dan 7 agensi BBDS iaitu BSN, LUTH,
Perkeso, KWSP, LTAT,Perhebat dan LHDN. Di mana 7 agensi BBDS tersebut telah
mengemukakan 4 tuntutan kepada pihak kerajaan dan kedua-dua pihak telah
bertoleransi untuk memilik kaedah perundingan sebagai jalan penyelesaian
terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.
Ciri kedua seseorang perunding ialah individu atau
kumpulan yang dilantik atau secara sukarela menawarkan diri mereka sebagai
perunding walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dengan sesuatu isu
yang wujud. Contohnya dalam isu tuntutan 7 BBDS ini, terdapat beberapa pihak
luar yang bertindak sebagai pihak ketiga dalam proses perundingan ini. Di
antaranya adalah CEUPACS dan MTUC yang banyak menyumbangkan idea, tenaga dan
masa mereka untuk melihat proses perundingan ini berjalan lancar demi kebajikan
setiap kakitangan yang bertukus lumus menyumbangkan akal fikiran, tenaga dan
masa mereka untuk mentransformasikan negara sebagai sebuah negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Ciri terakhir seseorang perunding ialah ia bertindak
sebagai wakil daripada organisasi, kumpulan atau negara untuk sesuatu proses
perundingan. Dalam isu ini, BBDS telah melantik Tuan Azman Tuan Yaacob sebagai
wakil mereka untuk berunding dengan kerajaan berkenaan dengan 4 tuntutan yang
mereka kemukakan.
Sesuatu peroses perundingan ini berlaku apabila semua
agensi BBDS bersepakat dan bersatu hati untuk menyelesaikan setiap permasalahan
yang berlaku. Keadaan tersebut berlaku
kerana mereka amat yakin dengan kuasa dan pengaruh yang mereka miliki dan juga
pengaruh beberapa pihak yang menyokong serta membantu segala tuntutan mereka
bagi memanipulasi atau mempengaruhi keputusan kerajaan agar memenuhi tuntutan
mereka.
Asas keyakinan 7
badan BBDS tersebut adalah disebabkan kuasa sosial iaitu kedudukan sosial dan
hubungan agensi-agensi tersebut dengan masyarakat umum, kuasa teknologi yang
mereka miliki dan kredibiliti wakil-wakil perunding mereka. Menurut Johnson R.A
(1993), kredibiliti terbahagi kepada tiga ciri utama iaitu kepercayaan,
kedinamikan dan kecekapan. Berdasarkan tiga ciri tersebut maka BBDS amat
berhati-hati dalam memilih dan melantik seseorang perunding yang bakal mewakili
agensi mereka dalam tuntutan tersebut. Seseorang perunding perlu jujur dan
amanah agar tahap kepercayaan terhadap mereka tidak diperkotak-katikkan.
Pemilihan Presiden Majlis Bertindak BBDS, CEUPACS dan MTUC sebagai perunding juga
dibuat atas dasar prestasi kecekapan mereka, rekod pencapaian mereka dalam
proses-proses perundingan yang telah mereka lakukan sebelum ini, dan faktor
kedinamikan mereka iaitu sejauh mana mereka dapat fokus terhadap isu-isu
tersebut.
PROSES PERUNDINGAN
Hakikatnya proses
perundingan bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita seharian. Tanpa
kita sedari, dalam kehidupan seharian menuntut kita untuk sentiasa berunding.
Pada asasnya manusia akan terlibat dengan perundingan pada setiap masa dan di
mana sahaja kerana sesuatu aktiviti perundingan merupakan perkara asas dalam
interaksi manusia sama ada dengan rakan sebaya, keluarga, masyarakat,
organisasi atau pun negara. Walau bagaimanapun, proses perundingan yang
melibatkan sesebuah organisasi atau negara bukanlah sesuatu yang mudah.
Seorang sarjana Barat iaitu Mills, H. A. (1991),
menyatakan sesuatu proses perundingan melibatkan tujuh langkah utama yang lebih
dikenali sebagai RESPECT. Ia adalah akronim kepada Ready yourself, Explore each other’s need, Signal for movement, Probe
with proposal, Exchange concessions, Close the deal, dan Tie-up.
Tujuh langkah yang diutarakan oleh Mills itu telah
diadaptasikan oleh BBDS dalam menjayakan proses perundingan untuk mencapai
matlamat tuntutan mereka. Misalnya sebelum sebarang tuntutan dan proses
perundingan dibuat, BBDS terlebih dahulu berunding sesama mereka iaitu di
antara tujuh agensi BBDS untuk mengenalpasti apakah isu yang perlu diketengahkan.
Isu atau permasalahan yang akan dikemukakan perlu dikenalpasti berdasarkan
keutamaan sesuatu isu. Di mana setiap isu yang bakal diketengahkan dibuat
berasaskan satu teori terkenal iaitu Teori Hierarki Keperluan Maslow[1].
Setelah menentukan isu-isu dan keperluan mereka terhadap isu yang dibawa mereka
akan merancang strategi dan teknik sokongan yang bersesuaian dengan isu yang
dibawa. Mills menamakan peringkat ini sebagai Ready yourself.
Manakala pada peringkat kedua (Explore each other’s need) wakil BBDS akan bertemu secara berdepan
dengan pihak kerajaan sebagai langkah awal untuk mengenalpasti keperluan
masing-masing. Langkah ini penting kerana setiap pihak yang terlibat berpeluang
untuk mewujudkan win-win situation,
mengenalpasti peluang-peluang daripada pihak yang terlibat dan berkesempatan
untuk menguji hipotisis. Contohnya, BBDS telah mengadakan pertemuan dengan
kerajaan pada 2009 sebagai reaksi awal tuntutan mereka dan sebagai suatu kaedah
untuk memahami kehendak masing-masing.
Seterusnya langkah ketiga yang dikenali sebagai Signal for movement. Bersesuaian dengan
namanya, di mana pada peringkat ini BBDS akan memberi petanda bahawa mereka
sudah bersedia untuk mengadakan sesi perundingan. Misalnya, sebelum pertemuan
BBDS dengan pihak kerajaan di adakan media massa sama ada media elektronik atau
media cetak telah membawa isu tuntutan mereka kepada masyarakat umum. Tindakan
tersebut perlu untuk menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia membincangkan
tuntutan mereka dan juga sebagai satu strategi untuk meraih atau menguatkan
sokongan kepada mereka.
Langkah keempat iaitu Probe
with proposal, di mana pihak BBDS akan menyiapkan tentatif proposal yang
mengandungai cadangan-cadangan untuk menyelesaikan tuntutan atau isu yang wujud
di antara mereka. Tentatif cadangan tersebut akan diberikan kepada pihak
kerajaan untuk dinilai dan dipersetujui oleh mereka. Sekiranya cadangan itu
ditolak, pihak BBDS akan membuat semula proposal dalam bentuk lain. Namun,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa itu
tidak menolak terus proposal tuntutan tujuh BBDS sebaliknya beliau meminta
suatu tempoh untuk memperincikan kewajaran tuntutan yang dikemukakan itu.
Selepas itu pihak yang terlibat dalam proses perundingan
iaitu BBDS dan pihak kerajaan akan melalui fasa Exchange concessions. Pada peringkat ini pihak BBDS akan mengadakan
perbincangan dengan pihak kerajaan untuk memenuhi permintaan-permintaan
daripada kerajaan demi memenuhi tuntutan mereka. Seterusnya pihak yang terlibat
dalam proses perundingan khasnya BBDS bertindak untuk menamatkan proses
perundingan dengan cara membina kredibiliti individu atau organisasi yang
dilantik atau mewakili mereka. Kredibiliti seseorang perunding seperti yang
dijelaskan sebelum ini boleh dilihat berdasarkan kejujuran, kecekapan dan
kedinamikan serta kuasa yang ada pada seseorang perunding. Millis menamakan
peringkat ini sebagai Close the deal.
Manakala langkah yang
terakhir dalam proses perundingan ialah Tie-up.
Peringkat ini merupakan pengukuhan terhadap persetujuan perjanjian yang
dicapai. Di mana agensi pihak BBDS dan pihak kerajaan mengesahkan keputusan
perundingan mereka dan mereka juga bersedia untuk mengkaji semula keputusan
perundingan jika keadaan memerlukannya.
STRATEGI PERUNDINGAN
Faktor kejayaan atau
kegagalan sesuatu proses perundingan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh
kewibawaan dan kuasa seseorang perunding. Namun, ia juga bergantung kepada
strategi yang digunapakai semasa sesi perundingan. Strategi perundingan
merupakan perancangan dan teknik yang inplimentasi ketika proses perundingan
untuk mencapai hasil yang diingini dalam sesuatu perundingan dan perjanjian. Menurut
Donohue (1978) keputusan perundingan sangat dipengaruhi oleh persepsi awal dan
perlaksanaan strategi perundingan yang dipilih. Strategi perundingan yang
dimaksudkan ialah strategi perundingan tawar-menawar lembut, strategi
perundingan tawar-menawar keras, strategi perundingan tawar-menawar Tit for tat, dan strategi perundingan
tawar-menawar berperinsip. Justeru
itu, seseorang perunding perlu berhemah dalam memilih dan menggunakan
pendekatan yang bersesuaian mengikut kehendak dan situasi perundingan tersebut.
Kronologi perundingan di antara agensi BBDS dengan pihak
kerajaan sememangnya amat menarik apabila dikaji. Di awal proses perundingan
dengan kerajaan, agensi BBDS telah mengaplikasi strategi perundingan
tawar-menawar lembut dalam memenangi tuntutan mereka. Situasi ini mengakibatkan
jangka masa proses perundingan mengambil masa yang agak lama. Rasional kepada
tindakan tersebut adalah kerana sikap agensi BBDS yang tidak suka kepada
konflik. Di samping itu, justifikasi tindakan mereka ialah untuk mengelak dari
berlakunya sebarang kesukaran atau kesusahan yang mungkin akan berlaku sehingga
membolehkan matlamat utama perundingan mereka tidak beraya.
Pemilihan strategi perundingan lembut dibuat kerana
agensi-agensi BBDS yang membuat tuntutan tersebut berusaha untuk menggelak
daripada terlibat dengan konflik dengan pihak kerajaan. Organisasi–organisasi
NGO[2]
seperti Pemuda UMNO yang menjadi sebahagian daripada perunding kepada BBDS
secara sukarela juga mengadaptasi strategi perundingan lembut di dalam proses
perundingan mereka. Contohnya, mereka telah menggunakan pengaruh media massa untuk
meraih sempati daripada masyarakat umum dan pada masa yang sama memberi rasa
bersalah dan merayu kepada kerajaan untuk memenuhi 4 tuntutan BBDS.
Walau bagaimana pun, penggunaan strategi perundingan
lembut menyebabkan 7 agensi BBDS lambat mencapai objektif tuntutan mereka. Oleh
yang demikian, mereka telah meminta campur tangan pihak ketiga dengan melantik
dua perunding yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan rekod-rekod yang
cemerlang sebagai perunding. Dua agensi terbabit ialah CEUPACS dan MTUC. Mereka
telah menggunapakai pendekatan strategi yang berbeza dari sebelum ini, di mana
mereka telah mengadaptasi strategi perundingan tawar-menawar berprinsip.
Kebaikan strategi berprinsip ialah seseorang perunding hanya fokus kepada aspek
penyelesaian isu, membentuk win-win
situation, dan mampu mencapai keputusan yang positif. Keistimewaan strategi
ini juga ialah ia memberi kelebihan kepada pihak yang lemah untuk
berkonfrontasi dengan pihak yang lebih berkuasa seperti pihak kerajaan.
ISU-ISU SAMPINGAN YANG WUJUD KETIKA PROSES PERUNDINGAN
BERLANGSUNG
Selain daripada empat (4)
tuntutan yang telah dikemukakan, salah seorang daripada perunding yang terlibat
dalam proses perundingan tersebut iaitu Presiden MTUC (Mohd Khalid Atan) telah
mencadangkan supaya pihak kerajaan mewujudkan satu mekanisme agar semua agensi
BBDS memperolehi faedah yang serupa, sama ada yang diperolehi oleh penjawat
awam atau kakitangan swasta. Justifikasi saranan beliau ialah kakitangan BBDS
tidak pernah memperolehi faedah yang dikecapi oleh penjawat awam dan pada masa
yang sama mereka juga tidak mendapat faedah sebagaimana yang dinikmati oleh
kakitangan swasta. Di samping itu semasa sesi perundingan berlangsung, beliau
juga mendesak kerajaan agar menjelaskan status BBDS yang sebenar sama ada
agensi-agensi BBDS masih lagi sebahagian daripada sistem perkhidmatan awam
negara atau ianya merupakan salah sebuah entiti swasta.
Pihak yang
mewakili BBDS itu juga telah memanfaatkan peluang yang terdapat ketika proses
perundingan meminta pihak kerajaan menubuhkan sebuah entiti khusus yang
membolehkan agensi-agensi BBDS menyalurkan sebarang aduan jika berlaku
pertikaian di antara pihak pengurusan atau pentadbiran BBDS dengan para pekerja
mereka. Ini kerana pada masa ini mereka masih tidak mempunyai satu saluran
khusus untuk menyuarakan permasalah mereka kepada kerajaan berbanding dengan
penjawat awam dan kakitangan swasta yang sudah lama mempunyai kemudahan
tersebut (www.blogspot.ceupacs.com.my,2012).
HASIL PERUNDINGAN
Setelah lebih daripada lapan (8) tahun
proses perundingan di antara tujuh agensi BBDS dengan pihak kerajaan
berlangsung akhirnya pada 25 Mac 2013, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku
Perdana Menteri Malaysia dan wakil kepada kerajaan Malaysia telah bersetuju
merealisasikan 4 tuntutan 7 agensi BBDS tersebut. Berdasarkan
Akhbar Utusan Malaysia 25 Mac 2013, yang memetik ucapan Perdana Menteri
Malaysia, “…Sebagai kerajaan yang mendengar keluh kesah, yang mendengar denyut
nadi rakyat dan yang menjaga kebaikan rakyat, saya umumkan kerajaan setuju
menubuhkan satu dana pencen bagi badan berkanun 7 agensi yang diasingkan. Ini
dilaksanakan berdasarkan jumlah keuntungan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja) yang dibuat setiap bulan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
sebahagian kekal untuk caruman KWSP manakala sebahagian lagi akan dicarumkan ke
dana pencen,” katanya di Majlis Perhimpunan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak
bersama 7 agensi badan berkanun yang diasingkan saraan (BBDS) bertempat di
PWTC. Kedua, katanya kerajaan bersetuju untuk memberi imbuhan tetap perumahan
kepada semua kakitangan tujuh agensi berkenaan yang sebelum ini hanya
dinikmati oleh kakitangan awam sejak 1996. Ujar beliau ketiga, kerajaan
bersetuju untuk memberikan saguhati persaraan apabila tamat perkhidmatan
manakala keempat, carumah KWSP diselaraskan kepada kakitangan mengikut syer
caruman majikan bergantung kepada tahun berkhidmat”.
Sementara itu dalam mengulas isu yang sama,
Pengerusi 7 badan agensi terbabit, Tuan Azman Tuan Yaacob melahirkan rasa
bersyukur atas pengumuman yang dibuat Perdana Menteri. Oleh yang demikian, ia
membuktikan kepada warga BBDS bahawa kerajaan yang kita ada sekarang
sememangnya sebuah kerajaan yang menepati janji. Keputusan kerajaan itu telah
mengembirakan banyak pihak khasnya kakitangan BBDS yang sudah 20 tahun
diasingkan daripada perkhidmatan awam (Azizul Osman, 2013). Presiden
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk
Omar Osman berkata, keputusan itu membuktikan kerajaan di bawah kepimpinan
Perdana Menteri sentiasa peka kepada keperluan dan perkembangan semasa.
Keputusan Perdana Menteri Malaysia untuk meluluskan 4 tuntutan BBDS itu
disambut dengan penuh rasa kesyukuran lebih 400,000 warga BBDS di seluruh
negara. Sementara itu berdasarkan petikan akhbar Sinar Harian, 25 Mac 2013,
Presiden Kesatuan Kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Ahmad Suffian
Abdul Aziz berkata,
"…Alhamdulillah, tuntutan dan pandangan kami untuk menambah baik
skim perkhidmatan sedia ada sejak 2009 telah didengar oleh kerajaan. Sekarang
BBDS tidak ketinggalan berbanding kakitangan awam lain dari segi pencen, elaun
tetap perumahan dan sebagainya".
KESIMPULAN
Kesimpulannya, keputusan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana
Menteri Malaysia untuk meluluskan empat tuntutan tujuh agensi BBDS sememangnya
suatu keputusan yang tepat. Keputusan tersebut juga merupakan hasil daripada
beberapa siri perundingan agensi BBDS tanpa putus asa dengan pihak kerajaan
sejak 8 tahun yang lalu. Dengan kata lain, kredibiliti yang tinggi dan strategi
yang bersesuaian yang diadaptasi sewaktu proses perundingan telah memberi impak
positif kepada 7 agensi BBDS mencapai objektif mereka. Tindakan Perdana Menteri
juga secara tidak langsung membuktikan kepada masyarakat umum dan warga BBDS
khasnya bahawa kerajaan yang ada pada hari ini merupakan sebuah kerajaan yang
menepati janji dan sentiasa mendengar keluh kesah rakyatnya.
Ia juga adalah sejajar dengan Dasar Transformasi
Negara (GTP) dan slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Keputusan
tersebut menunjukkan kerajaan sesekali tidak pernah membezakan sesebuah agensi
sama ada agensi tersebut berada di sektor awam, swasta atau badan berkanun.
Justeru, ia menolak tomahan sesetengah pihak yang menyatakan BBDS telah di anak
tirikan oleh kerajaan. Ringkasnya, tindakan yang diambil oleh kerajaan dan 7
agensi BBDS mampu menjamin kesejahteraan dan kebajikan warga BBDS terutama
ketika bersara. Implikasi daripada keputusan tersebut juga ialah ia telah
memberi suntikan motivasi dan semangat untuk terus menabur keringat dan jasa
kepada organisasi mereka dan negara supaya aspirasi negara untuk menjadi sebuah
negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai (Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak,2010).
BIBLIOGRAFI
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.(2010). Jawapan Najib: Merungkai Persoalan Semalam,
Konflik
Hari Ini dan Cabaran Masa Depan.
Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara
Malaysia dan MPH Group Publishing.
Donohue, W.A.(1978). An empirical framework for
examining negotiation process and outcome. Spech
Monographs,45
Johnson R.A.(1993). Negotiation basics: Concepts, skill and exercise. Newbury Park,
California: Sage Publication.
Kamus Dewan Edisi keempat.(2007). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mills H.A.(1991). Clinch
that deal. England: Gower Publishing.
Salehudin Md Dahlan.(2007). Kerjaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Selangor: PTS
professional Sdn Bhd.
Tan Sri Dr.Ahmad Sarji Ahmad.(1992).Kemajuan pentadbiran awam di Malaysia. Institut
Tadbiran Awam Negara.
Yusuf Ismail.(2006).Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Publications
&
Distributions Sdn Bhd.
Laman
sesawang
Azizul Osman.(2013). Empat permintaan tujuh agensi badan berkanun diasing saraan
diluluskan. Capaian 28 April 2013 di http://www.news.abnxcess.com
Berita Harian.(17 Mei 2012). CUEPACS dan MTUC ulangi tuntutan badan berkanun.capaian
pada 22 April 2013. di http://www.bharian.com.my
Berita harian online. (17
Mei 2012).CUEPACS-MTUC kemuka 4 tuntutan
kepada PM. Capaian
pada 20 April
2013.di http://www.bharian.com.my
Berita Nasional Malaysia.(22.Sept.2011). Persatuan pekerja tujuh badan berkanun mohon
kerajaan bantu selesaikan isu manfaat. Capaian pada 28 April 2013 di http://www.bernama.com
Laman blog CUEPACS.( 2012). cuepacs,mtuc
mahu pm baiki kebajikan pekerja badan berkanun.
capaian pada 17
April 2013 di http:// cuepacs.blogsport.com
Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.(2013). Badan Berkanun. Capaian pada 25 April 2013
di
Utusan Malaysia online. (22 Febuari 2011). CUEPACS kemuka tuntutan badan berkanun.
Capaian 28
April 2013 di http://www.utusan.com.my
Utusan Malaysia online.(19 Sept 2011). Pemuda UMNO desak kerajaan tunai tuntutan
badan
Utusan Malaysia Online.(25 Mac 2013). Najib umum berita gembira kepada kakitangan badan
berkanun yang diasingkan saraan. Capaian pada 20 April 2013 di http://www.utusan.com.my
Utusan
Malaysia Online.(26 Mac 2013). Dana
pencen badan berkanun diasing saraan. Capaian 21
April 2013 di http://www.utusan.com.my
Sinar
Harian.(25 Mac 2013). PM umum ‘berita
baik’ pekerja 7 agensi badan berkanun. Capaian pada
21 April 2013 di http://www.sinar.com.my
LAMPIRAN
CUEPACS Blogsport 17 MEI 2012
CUEPACS , MTUC MAHU PM BAIKI KEBAJIKAN PEKERJA BADAN BERKANUN
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
KUALA
LUMPUR - Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan
empat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi
menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat
perkhidmatan kelak.
Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.
Ia akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.
"Kita memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat Perkeso, di sini hari ini.
Omar berkata pihaknya turut berharap kerajaan tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap sektor awam.
Cuepacs juga berharap tujuh agensi itu akan mendapat pencen secara berkala, seperti yang telah dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jika ia tidak boleh mendapat pencen sepertimana sektor awam.
Beliau meminta langkah itu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pekerja sokongan, diselesaikan tahun ini setelah dikemukakan kepada kerajaan sejak 2009.
Mengenai nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan, Omar berkata, Cuepacs meminta kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.
Cuepacs menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung dan memohon jasa baik Perdana Menteri untuk menangani perkara itu dengan kadar segera.
Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.
Ia akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.
"Kita memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat Perkeso, di sini hari ini.
Omar berkata pihaknya turut berharap kerajaan tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap sektor awam.
Cuepacs juga berharap tujuh agensi itu akan mendapat pencen secara berkala, seperti yang telah dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jika ia tidak boleh mendapat pencen sepertimana sektor awam.
Beliau meminta langkah itu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pekerja sokongan, diselesaikan tahun ini setelah dikemukakan kepada kerajaan sejak 2009.
Mengenai nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan, Omar berkata, Cuepacs meminta kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.
Cuepacs menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung dan memohon jasa baik Perdana Menteri untuk menangani perkara itu dengan kadar segera.
Sementara
itu, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan pada sidang media sama berkata, pihaknya
akan meminta kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya ketujuh-tujuh badan
berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh oleh penjawat awam
atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas.
Perkara itu masih belum mendapat maklum balas Perdana Menteri setelah ia dikemukakan bulan lepas.
"Kadang-kadang kita lihat faedah yang diperoleh kakitangan kerajaan, tidak semua kakitangan di badan berkanun dapat, dan pada masa yang sama, faedah-faedah yang diperoleh oleh sektor swasta juga mereka tidak dapat," katanya.
Mohd Khalid berkata, mereka juga tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan jika berlaku pertikaian antara pihak pentadbiran badan berkanun dengan pekerja berbanding penjawat lain. - Bernama
Perkara itu masih belum mendapat maklum balas Perdana Menteri setelah ia dikemukakan bulan lepas.
"Kadang-kadang kita lihat faedah yang diperoleh kakitangan kerajaan, tidak semua kakitangan di badan berkanun dapat, dan pada masa yang sama, faedah-faedah yang diperoleh oleh sektor swasta juga mereka tidak dapat," katanya.
Mohd Khalid berkata, mereka juga tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan jika berlaku pertikaian antara pihak pentadbiran badan berkanun dengan pekerja berbanding penjawat lain. - Bernama
Berita Nasional Malaysia 22 Sept.2011
PERSATUAN PEKERJA TUJUH BADAN BERKANUN MOHON KERAJAAN BANTU SELESAIKAN ISU MANFAAT
Bernama
22/9/2011
22/9/2011
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Persatuan pekerja tujuh badan
berkanun Rabu memohon kepada kerajaan agar membantu mereka berhubung isu
pemberian manfaat yang pada masa ini tidak selaras dengan penjawat awam lain.
Mereka membabitkan tenaga kerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Hal Ehwal Tentera, Lembaga Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Kejasa) Ash'ari Komeng yang mewakili mereka, berkata antara manfaat berkenaan ialah elaun perumahan dan sagu hati persaraan.
Buat masa ini tenaga kerja di tujuh institusi ini tidak menerima elaun perumahan mahupun sagu hati perkhidmatan yang diberi apabila bersara, katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Beliau dan wakil organisasi terbabit sebelum itu mengadakan perbincangan berhubung tuntutan itu dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam.
Ash'ari berkata perkara tersebut harus diteliti segera berikutan kenaikan kos sara hidup sekarang.
"Bergantung pada caruman KWSP sahaja tidak memadai dan tidak menjamin kehidupan penjawat awam selepas bersara kerana mereka yang berkhidmat dengan tujuh agensi tersebut tidak mendapat kemudahan pencen," katanya.
-- BERNAMA
Mereka membabitkan tenaga kerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Hal Ehwal Tentera, Lembaga Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Kejasa) Ash'ari Komeng yang mewakili mereka, berkata antara manfaat berkenaan ialah elaun perumahan dan sagu hati persaraan.
Buat masa ini tenaga kerja di tujuh institusi ini tidak menerima elaun perumahan mahupun sagu hati perkhidmatan yang diberi apabila bersara, katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Beliau dan wakil organisasi terbabit sebelum itu mengadakan perbincangan berhubung tuntutan itu dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam.
Ash'ari berkata perkara tersebut harus diteliti segera berikutan kenaikan kos sara hidup sekarang.
"Bergantung pada caruman KWSP sahaja tidak memadai dan tidak menjamin kehidupan penjawat awam selepas bersara kerana mereka yang berkhidmat dengan tujuh agensi tersebut tidak mendapat kemudahan pencen," katanya.
-- BERNAMA
Berita Harian 17 Mei 2012
CUEPACS, MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM
KUALA
LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menjamin kebajikan pekerja
di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.
Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran saguhati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan - akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat.
Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran saguhati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan - akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat.
Presiden
CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan
Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
(Perhebat).
"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.
"Kita memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat Perkeso, di sini hari ini.
Omar berkata pihaknya turut berharap kerajaan tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap sektor awam.
CUEPACS juga berharap tujuh agensi itu akan mendapat pencen secara berkala, seperti yang telah dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jika ia tidak boleh mendapat pencen sepertimana sektor awam.
Beliau meminta langkah itu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pekerja sokongan, diselesaikan tahun ini setelah dikemukakan kepada kerajaan sejak 2009.
Mengenai nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan, Omar berkata Cuepacs meminta kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.
CUEPACS menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung dan memohon jasa baik Perdana Menteri untuk menangani perkara itu dengan kadar segera.
Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan pada sidang media sama berkata pihaknya akan meminta kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya ketujuh-tujuh badan berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh oleh penjawat awam atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas.
Perkara itu masih belum mendapat maklum balas Perdana Menteri setelah ia dikemukakan bulan lalu.
"Kadang-kadang kita lihat faedah yang diperoleh kakitangan kerajaan, tidak semua kakitangan di badan berkanun dapat, dan pada masa yang sama, faedah-faedah yang diperoleh oleh sektor swasta juga mereka tidak dapat," katanya.
Mohd Khalid berkata mereka juga tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan jika berlaku pertikaian antara pihak pentadbiran badan berkanun dengan pekerja berbanding penjawat lain. - BERNAMA
Azizul Osman(2013)
25 MAR 2013 05:28PM
Pengumunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima
baik lebih 8,000 kakitangan 7 agensi yang hadir pada perhimpunan perdana di
PWTC hari ini
Oleh
Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)
KUALA
LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan empat permintaan
dikemukakan oleh tujuh agensi badan berkanun yang diasingkan saraan.
Perdana
Menteri mengumumkan permintaan pertama yang diluluskan adalah penubuhan dana pencen.
“Sebagai
kerajaan yang mendengar keluh kesah, yang mendengar denyut nadi rakyat yang
menjaga kebaikan rakyat, saya umumkan kerajaan setuju menubuhkan satu dana
pencen bagi badan berkanun 7 agensi yang diasingkan. Ini dilaksanakan
berdasarkan jumlah keuntungan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang dibuat
setiap bulan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebahagian kekal untuk
caruman KWSP manakala sebahagian lagi akan dicarumkan ke dana pencen,” katanya
di Majlis Perhimpunan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak bersama 7 agensi badan
berkanun yang diasingkan saraan (BBDS) bertempat di PWTC.
Kedua,
katanya kerajaan bersetuju untuk memberi imbuhan tetap perumahan kepada semua
kakitangan tujuh agensi berkenaan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh kakitangan
awam sejak 1996.
Ujar
beliau ketiga, kerajaan bersetuju untuk memberikan saguhati persaraan apabila
tamat perkhidmatan manakala keempat, carumah KWSP diselaraskan kepada
kakitangan mengikut syer caruman majikan bergantung kepada tahun berkhidmat.
Pengerusi
7 badan agensit terbabit, Tuan Azman Tuan Yaacob yang ditemui dalam sidang
media selepas perhimpunan itu melahirkan rasa bersyukur atas pengumuman yang
dibuat Perdana Menteri.
“Kami
amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah meluluskan 4 perkara
yang ktia perjuangan dari 2009 lagi, sebelum ini pun kami memang percaya
sekiranya Perdana Menteri kita campur tangan berkaitan isu-isu ini akan
selesai, jadi memang terbuktilah hari ini memang kerajaan kita ada sekarang
memang kerajaan tepati janji.”
Katanya
dengan pelaksanaan dana pencen itu lebih 40,000 kakitangan 7 agensi akan
menerima manfaat yang sebelum ini hanya dinikmati oleh kakitangan awam di bawah
kerajaan.
Pada
22 Februari lalu, Azman selaku Presiden 7 agensi BBDS mengadakan pertemuan
secara langsung dengan Perdana Menteri di Putra Perdana bagi
membincangkan permintaan BBDS dengan lebih lanjut.
Untuk
rekod, 7 agensi BBDS sudah 20 tahun diasingkan dalam perkhidmatan awam.
Tujuh
agensi terbabit adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga
Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, LembagaHasil Dalam Negeri (LHDN),
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Hal Ehwal Bekas
Angkatan Tentera (Perhebat) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Utusan
Malaysia 25 Mac 2013
Dana pencen pekerja badan berkanun diasing saraan
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak dikerumuni kakitangan tujuh Badan-Badan
Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) semasa menghadiri Perhimpunan Perdana
bersama BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur,
semalam. - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN
KUALA
LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kira-kira 40,000 pegawai
dan kakitangan tujuh Badan-badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) bakal
menerima pencen apabila bersara ekoran persetujuan kerajaan menubuhkan dana
pencen untuk mereka.Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tiga lagi berita baik kepada kumpulan pekerja terbabit dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan sedia ada iaitu bersetuju memberikan imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan serta penyelarasan caruman majikan untuk semua agensi.
Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan dana pencen berkenaan beliau berkata, jumlah potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat setiap bulan akan dibahagi kepada dua.
''Sebahagian dikekalkan untuk dicarum ke dalam simpanan KWSP manakala sebahagian lagi akan dicarumkan ke dana pencen yang akan ditubuhkan.
''Kerajaan juga bersetuju agar kakitangan Badan-badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya diberikan Imbuhan Tetap Perumahan sebagaimana yang dinikmati penjawat awam,'' katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana bersama tujuh BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dan Pengerusi Persatuan BBDS, Azman Yaakob.
Keempat-empat pengumuman itu cukup menggembirakan 5,000 pegawai serta kakitangan BBDS yang hadir dalam majlis tersebut sehingga Dewan Merdeka gamat dengan tepukan serta sorakan mereka.
Tujuh badan berkanun terbabit ialah Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Mengenai pemberian sagu hati, Najib berkata, pemberian itu berbentuk gratuiti kepada kakitangan BBDS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.
Berhubung langkah menyelaraskan caruman majikan kepada simpanan KWSP pekerja untuk semua agensi pula beliau berkata: ''Semakin lama seseorang pekerja itu berkhidmat di agensi tersebut, maka semakin tinggilah caruman KWSP majikan kepadanya''.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia ada bukannya kerajaan yang melakukan sesuatu semata-mata untuk menjadi popular sebaliknya apa jua pemberian serta bantuan kepada rakyat dilakukan secara bertanggungjawab serta berhemat.
Atas sebab itu katanya, kerajaan mengambil langkah memakmurkan ekonomi terlebih dahulu supaya usaha untuk mensejahterakan kehidupan berjalan dengan baik.
''Apabila ekonomi negara makmur segala kekayaan yang kita kecapi akan kita kongsikan bersama seperti mana pengumuman hari ini. Alhamdulillah pertumbuhan ekonomi kita amat baik.
''Dalam keadaan negara-negara seperti di Eropah bergelut dengan masalah ekonomi, Malaysia pada tahun lalu masih berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang cukup baik iaitu 5.6 peratus,'' katanya.
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130326/dn_04/Dana-pencen-pekerja-badan-berkanun-diasing-saraan#ixzz2RdFDPUgX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sinar Harian 25 Mac 2013
PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun
JAMILAH HAMZAH
25 Mac 2013
25 Mac 2013
Datuk Seri Najib Tun Razak
[DIKEMAS KINI] KUALA
LUMPUR - Susulan pengumuman sebahagian insentif
Sistem Saraan Transformatif sektor awam dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri
Najib Tun Razak mengumumkan empat berita baik bagi pekerja tujuh agensi badan
berkanun diasingkan saraan (BBDS).
Empat perkara itu ialah penubuhan satu dana pencen, imbuhan tetap perumahan, memberi sagu hati setelah tamat perkhidmatan dan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerjaan (KWSP) diselaraskan membabitkan kesemua agensi terbabit.
Empat perkara itu ialah penubuhan satu dana pencen, imbuhan tetap perumahan, memberi sagu hati setelah tamat perkhidmatan dan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerjaan (KWSP) diselaraskan membabitkan kesemua agensi terbabit.
Perdana Menteri berkata, atas dasar prihatin dan mengutamakan
rakyat tuntutan itu wajar ditunaikan demi kebajikan pekerja tujuh badan
terbabit.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, setelah kajian dan
pengumuman dibuat oleh kerajaan, pihak pengurusan dan pihak yang terlibat dalam
tujuh agensi ini perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.
"Setelah kita kaji perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa... bagi kerajaan yang mendengar keluh kesah, mengutamakan kebajikan rakyat dan yang mendengar denyut nadi rakyat, saya nak buat empat pengumuman hari ini kepada BBDS.
"... kerajaan telah tunaikan janjinya, jadi diminta pihak yang terlibat mengambil tindakan segera untuk merealisasikan," kata beliau pada Perhimpunan Perdana Bersama BBDS di Pussat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"Setelah kita kaji perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa... bagi kerajaan yang mendengar keluh kesah, mengutamakan kebajikan rakyat dan yang mendengar denyut nadi rakyat, saya nak buat empat pengumuman hari ini kepada BBDS.
"... kerajaan telah tunaikan janjinya, jadi diminta pihak yang terlibat mengambil tindakan segera untuk merealisasikan," kata beliau pada Perhimpunan Perdana Bersama BBDS di Pussat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Majlis ini turut dihadiri seramai 2,000 wakil kakitangan BBDS
terbabit iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), KWSP, Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji,
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan
Tentera (Perhebat).
Pada tahun lalu, Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC) telah mengemukakan empat tuntutan kepada Najib bagi menjamin
kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan
kelak.
Empat tuntutan itu ialah mewujudkan skim dana pencen, memanjangkan
imbuhan tetap perumahan yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi
berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penambahan caruman KWSP
syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.
Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat perlu terus memberi mandat
kepada kerajaan jika mahukan limpahan kejayaan terus dikongsi bersama.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini turut menyeru rakyat untuk
terus memberi mandat kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah janji
ditunaikan.
"Kalau nak kejayaan ini berterusan, dan kejayaan beterusan
itu limpahannya dikongsi dengan pekerja maka bila smpai masa yang akan kunjung
tiba tak lama lagi tahulah tuan-tuan puan-puan apa yang nak dibuat.
"... maka sebuah lagi janji ditepati, saya sudah tunaikan
janji bila sampai masa boleh tuan-tuan, puan-puan tunaikan janji untuk
saya?" katanya lagi.
[1]
Terdapat lima(5) peringkat berasaskan keperluan keutamaan manusia yang dibuat
oleh Maslow iaitu keperluan terhadap fisiologi, keperluan keselamatan,
keperluan sosial, keperluan penghargaan diri dan akhir sekali keperluan
terhadap pencapaian hasrat diri.
[2]
NGO ialah akronim kepada Non Goverment Organisation iaitu Pertubuhan Bukan
Kerajaan
Subscribe to:
Posts (Atom)